Pemuda Harapan Agama Dan Bangsa

Gotong-Royong Pada Hari Sabtu (23 januari 2010)



Lori pembancuh simen konkrit tiba hampir jam 3 petang hari sabtu.
Lori masuk ketapak masjid al madrasah dengan cara undur kebelakang.



Petang sabtu adalah masa yang sibuk bagi para sahabat ajk madrasah. Masa tu sibuk dengan urusan menghantar anak-anak keasrama sekolah masing-masing.

AlHamduliLLaah kami mendapat bantuan adik-adik yang ramai. Kalau tidak dengan jumlah mereka yang ramai sudah tentu kerja-kerja petang ini sangat memenatkan



Untuk 5 meter kiub simen konkrit yang kami gunakan pada hari ini kami perlu membayarnya sejumlah rm 850.00



Pembayaran dibuat oleh SU ajk madrasah ditapak madrasah



Tukang import dari Kuala Terengganu yang paling banyak memberikan tenaganya pada hari ini dan mungkin orang yang paling penat





















Simen konkrit dah habis dicurahkan kelantai masjid, selepas pembersihan tibalah masa mereka pulang kekilang



Yang lain-lain sudah boleh melihat-lihat yang dah bersurai pun ada juga, namun tukang profesional masih sibuk dengan tugasnya





Lori konkrit bertolak pulang

Lori pembancuh simen konkrit dah bertolak pulang kekilangnya. Pada hari ini juga kami sewa "case" satu hari untuk kerja-kerja melebarkan laluan masuk dan melebarkan halaman masjid madrasah





Ada lagi sedikit kerja meratakan mana-mana tempat yang belum rata



Sempat lagi ajk madrasah mesyuarat tidak rasmi sementara belum bersurai



Pemuda harapan bangsa yang boleh diharap untuk kerja-kerja kebajikan dan untuk Islam

Berehat setelah selesai kerja

Makan dan minum apa yang

ada sebelum pulang







Inilah hasil kerja untuk gotong-royong hari sabtu 23 januari 2010











Begitulah gambar kerja-kerja meratakan simen konkrit serambi masjid al madrasah al insaaniyyah

Semoga semua sumbangan kita diterima Allah sebaik-baiknya

No comments: