Rakaman november 2008

Assalaamu`alaikum

Pembinaan masjid ditapak madrasah berterusan Sekalipun tiada gotong-royong besar-besaran namun perkembangan tetap ada sekalipun perlahan

Kemajuan pembinaan boleh kita lihat dari rakaman pada 23 november 2008 yang disertakan dibawah ini


Rakaman ini dibuat dari sebelah barat /barat laut bangunan masjid.

Kelihatan Encik Abdul Halim dan anak-anak buah beliau bersiap-siap untuk pulang selepas kerja-kerja ikat bata dibahagian depan/kiblat masjid.

Syukran...

Gotong-royong 27 Syawwal 1429 (Gambar terkini)

Video telah dikirimkan dalam artikel sebelum ini
Dalam artikel ini dikirimkan gambar-gambar yang diambil pada pagi 27 Syawwal 1429

Gambar 1:Bangunan Masjid Dari Arah Barat-Daya
















Gambar 2 : Bangunan Masjid Dari Arah Timur
















Gambar 3 : Bangunan Masjid Dari Arah Barat-Laut

















Gambar 4 dan 5 : Bangunan Masjid Dari Arah Utara


































Gambar 6 dan 7 : Empat Batang Tiang Tengah Masjid

































Gambar 8,9 dan 10 : Sebahagian Sukarelawan Yang Mengambil Bahagian Dalam Gotong-royong

















































Pihak Madrasah amat berbesar hati atas kesanggupan sukarelawan semua mengimfaqkan waktu cuti mereka untuk menjayakan gotong-royong ini. Terusik hati bila sahabat lama yang datang pada hari itu berpesan agar jangan lupa sms lagi bila ada gotong-royong seumpama ini.

Kami juga amat menghargai atas sumbangan semua pihak dalam semua bentuk sumbangan (pandangan,sokongan moral, bahan-bahan binaan, kewangan dan lain-lain). Semoga semua sumbangan anda diterima oleh Allah dan diberkati hidup olehNya kehidupan anda dan kami didunia dan akhirat.

WabiLLaahit Taufiiq Wal Hidaayah

Syukran...

Gotong-royong 27 Syawwal 1429

Assalaamu`alaikum

Hari isnin 27/10/2008 adalah hari cuti umum di Malaysia.
Sudah menjadi kebiasaan pihak Al Madrasah Al Insaaniyyah menganjurkan gotong-royong pada hari-hari cuti.

Saya kirimkan petikan-petikan video dan beberapa keping gambar ditapak madrasah ini. Dengan menyaksikan video-video dan gambar-gambar tersebut diharap para pelawat dapat mengetahui tahap kemajuan pembinaan yang sedang berjalan.



Syukran...

Gambar Terkini Bangunan Masjid

Lama tidak update blog ini.

AlhamduliLLaah apabila mendapat sms ada sumbangan dari seorang hamba Allah di bank in kan kedalam akaun Maybank (No. akaun : 163019432797) rasa bersalah pula tidak update blog ini.

Perkembangan pembinaan masjid ini perlahan.

Ini disebabkan proses pembinaannya dilakukan secara gotong-royong sekali seminggu pada hari sabtu dan hari-hari cuti lain. Pembinaan dilakukan dengan kaedah ini kerana kita tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk mengupah tukang-tukang yang mahir.

Dibawah adalah gambar-gambar terkini yang diambil pada hari ahad 17 rajab 1429 hijriyyah bersamaan 20 julai 2008 masihi

Gambar bawah(Pemandangan dari arah timur)


(Gambar bawah : Bangunan masjid dari arah barat laut)


(Gambar bawah: Bangunan masjid dari arah barat)

Semoga beberapa keping gambar diatas dapat memberi gambaran kepada kita setakat mana kemajuan proses pembinaan sedang berjalan.

Apa yang nyata masih banyak sumbangan yang diperlukan dari kita semua untuk menjayakan projek ini.

Semoga Allah menerima sumbangan dari para penyumbang semua.

Syukran...

Pengajian Pembukaan

Assalaamu`alaikum

AlhamduliLLaah, walaupun bangunan yang didirikan belum siap namun kelas pengajian telah bermula. Kelas bermula dirumah Ustaz Zaini el Hafiz beberapa kali kemudian berpindah ke Surau Perumahan Binjai Manis juga beberapa kali.

Sekarang kelas ini dijalankan dibangunan sementara (site office) 2 kali seminggu.
Kelas berjalan selepas solat asar pada setiap hari sabtu dan isnin.

Kitab-kitab yang digunakan ialah Sohihul Bukhori, al Fiqhul Manhajiyy dan al Aajurumiyyah

InsyaAllah dalam segala kelemahan kelas tetap juga dijalankan 2 kali seminggu sehinggalah tiba masanya tuan mudir berhijrah dan tinggal sepenuh masa diperkampungan madrasah ini (al Madrasah al Insaaniyyah).

Pada ketika itu banyak lagi kelas pengajian akan berjalan.
Bilakan masa itu? Bergantung kepada prasarana yang sedang dibina. Apabila bangunan masjid boleh digunakan dan ada tempat untuk menginap insyaAllah tuan mudir akan tinggal disini.

(Gambar bawah)Sebahagian pelajar yang hadir pada hari isnin 11 rajab 1429 H


(Gambar bawah)Tuan Mudir sedang membuat rujukan dari Maktabah Syaamilah dalam komputer Us. Sobri
Ketua kelas, Ustaz Zaini bin Said el Hafiz tersenyum ketika gambarnya diambil


Syukran...

Gotong-Royong Dihari Cuti 19 mei 2008

Hari ini isnin 13 jumaadil uulaa 1429 atau 19 mei 2008 adalah hari cuti umum bagi negara kita
Pada hari ini pihak madrasah menganjurkan gotong-royong menyambung kerja-kerja membina masjid.

Sekalipun tidak ramai yang hadhir (sekitar 10 orang) namun alhamduliLLaah kita berjaya mengadakan gotong-royong ini

Berikut beberapa keping gambar sempena gotong-royong pada hari ini;

Gambar atas:Sebahagian ahli jawatan kuasa pondok meneruskan kerja

Pakar ekonomi kita Cikgu Nik Mansor berbaju biru Yang berbaju putih abang Halim bersama 3 orang anak buah beliau

Gambar bawah:Inilah rupa bentuk masjid kita setakat hari ini (19/05/08)


Tuan-tuan juga boleh menggunakan akaun BIMB tuan mudir Madrasah ini Abdul Ghani bin Muda untuk memberikan sumbangan 13017020483845 atau Maybank 163019432797
Setelah bank in mohon agar dimaklumkan kepada beliau ketalian 019 9380765

Syukran..

Lokasi al Madrasah al Insaaniyyah

Assalaamu`alaikum

Ada seseorang yang bertanya peta menuju kemadrasah kita ini.
Disini paparkan gambar lokasi al Madrasah al Insaaniyyah
yang diambil melalui Google Earth


Dalam gambar ini belum kelihatan lagi madarasah ini. Ini disebabkan saya menggunakan program Google Earth percuma. Oleh kerana itu gambar lokasi ini ialah gambar yang diambil pada 29 jun 2004 , manakala projek kita baru bermula tahun 2007.

Dalam gambar ini kita dapati nama kampung yang paling dekat dengan tapak madrasah ialah Kampong Apek. Tetapi kedudukan Kampung Apek yang sebenar lebih keselatan.

Kita mulakan perjalanan dari Kuala Terengganu

Sambil merujuk gambar diatas

Kita mulakan perjalanan kita dari timur kebarat.

Kampung pertama yang kita tempuhi (didalam gambar atas sebelah kanan) ialah Kampung Pak Kancil. Dibelah kanan jalan kita akan temui Hospital Setiu.

Selepas itu diatas bukit Rumah Rehat Pejabat Daerah Setiu.

Teruskan perjalanan sehingga Kampung Buloh (ada dituliskan nama kampung ini didalam peta) Sekarang nama kampung ini telah ditukar kepada Bandar Permaisuri, pembangunan Daerah Setiu berpusat disini.

Dari Bandar Permaisuri kita akan ketemu Masjid Utama disebelah kanan atas bukit.

Terus lagi Steysen Minyak Caltex sebelah kiri, kemudian Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan disebelah kanan.

Kemudian Sekolah Menengah Tengku Ibrahim diatas bukit sebelah kiri ,disebelah kanan pula Kompleks Ibu Pejabat Daerah Setiu (dalam pembinaan).

Disitulah Kampung Apek, Terus kedepan sikit disebelah kanan terdapat simpang ke Sekolah Rendah Permaisuri dan Perumahan Binjai Manis. Sila ambil jalan simpang tersebut. Teruskan perjalanan 1 kilometer. InsyaAllah anda akan temui tapak Madrasah ini diatas bukit.

Dibawah ini gambar ke 2( lebih dekat dengan tapak madrasah)


Gambar ke-3


Gambar ke-4

Dalam gambar ke 4 ini boleh kita lihat ;

1.Sekolah Menengah Tengku Ibrahim bawah sebelah kiri.

2.Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu (dalam pembinaan) disebelah kanan.

3.Simpang tiga (persimpangan antara jalan Kuala Terengganu ke Kota Bahru dan simpang masuk ke al Madrasah al Insaaniyyah)

4.Sekolah Rendah Permaisuri (Setelah masuk simpang disebelah kiri )

5.Perumahan binjai Manis (juga disebelah kiri jalan menuju ke Madrasah ini)

Terus lagi setengah kilometer disebelah kiri diatas bukit,disinilah tapak al Madrasah al Insaaniyyah, Kampung Kederang, Setiu Terengganu.

Syukran dan dijemput datang untuk melihat-lihat proses pembinaan... untuk menderma sila rujuk ruangan sebelah kiri blog ini... terima kasih.

Air! Oh Air ! Pertolongan Allah Tiba.

Assalaamu`alaikum.
Kita dimusim kemarau
Tapak madrasah diatas bukit tanpa sumber air
Pemasangan paip air belum sempurna dan belum berfungsi

Bagaimanakah para tukang mendapat air untuk bancuhan semen pada 1 mei 2008?
Allah telah menurunkan hujan pada malam sebelum kita melaksanakan kerja-kerja mendirikan tiang-tiang masjid. Air bertakung didalam petak-petak lubang yang telah digali beberapa hari sebelumnya. AlhamduliLLaah! Air itulah yang mereka telah gunakan.

Ingin menyumbang?
Ingin bertanya?

Boleh menghubungi Setiausaha AJK al Madrasah al Insaaniyyah Saudara Ya bin Ibrahim 013 9225524


atau Pengarah Pembangunan Masjid Cikgu Mad 0199485414


Syukran...

Tiang Masjid Didirikan 24 Rabiul Akhir

Terima kasih kepada semua yang terlibat. BaarakaLLaahu lakum.






Assalaamu`ala Manit Taba`al Huda

AlhamduliLLaah selepas sebulan solat hajat ditunaikan ditapak madrasah,
ada perkembangan yang amat membanggakan disana.

Pada hari ini khamis,
24 Rabiul Akhir 1429 hijriyyah
atau 1 mei 2008
ketika warga dunia sedang berehat meraikan hari pekerja,
satu kumpulan hamba Allah sibuk mendirikan rumah Allah

Pada hari ini 12 batang tiang semen berjaya didirikan
tiang setinggi 12 kaki setiap satu.
Tinggal lagi 4 batang tiang tengah (berbentuk bulat) perlu disediakan tapaknya terlebih dahulu setinggi lebihkurang 2 kaki.


InsyaAllaah, bangunan kekal pertama yang kami dirikan ditapak ini ialah masjid.
Mengambil contoh pendidikan yang RasuluLLah laksanakan, tunggaknya dimasjid.
Selain menjadi tempat melakukan ibadat khusus, masjid inilah yang akan menjadi madrasah (tempat belajar dan mengajar) yang pertama.


Semoga hasrat melahirkan insan-insan muslim dan muslimat yang seimbang akan berjaya.

Adalah dijangkakan sumbangan pada ketika ini banyak akan digunakan untuk pembinaan masjid. Rebutlah peluang ini.
"Sesiapa yang membina masjid ikhlas bagi Allah, nescaya Allah akan membina sebuah rumah untuknya disyurga"

Suatu Permulaan

Tanggal 21 Rabi`ul Awwal 1429 atau 29 mac 2008
Bertempat ditapak al Madrasah Al Insaniyyah
berlantaikan tanah, berlapik tikar plastik berbumbungkan langit,
kami telah mengadakan solat hajat.


Kami memilih hari sabtu kerana ia hari cuti mingguan.
Sayang sekali sebahagian sahabat kami ke Lapangan terbang Sultan Mahmud kerana menyambut kepulangan Sultan Mizan ke Terengganu Darul Iman.


Selain solat hajat kami memulakan pembinaan setor untuk menyimpan bahan-bahan binaan yang akan dihantar ketapak tersebut.Semoga usaha-usaha kami mendapat pertolongan Allah




Tukang profesional:Berkain pelikat pun boleh bertukang,almaklumlah baru lepas solat hajat







Pengarah Pembangunan mengarahkan sesuatu ? Atau sedang mengesat peluh?

BaarakaLLaahu lak!


Kerja-kerja meratakan tapak berterusan
Maaf,tiada gambar semasa solat.
Jurukamera pun solat bersama.

Sumbangan dialu-alukan

Kata Jurukamera

“Kerja-kerja sedang rancak berjalan
Masih menunggu derma, sumbangan infaq sabiliLLaah daripada muslimin dan muslimat sekalian
Wassalaamu`alaikum warahmatuLLaahi”

Bagaimanakah anda boleh memberi sumbangan?

1.Menyumbang terus kedalam Akaun Tabung Madrasah di Agro Bank

No. Akaun : 26360098730

Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyyah

2.Menyerahkan sumbangan anda kepada AJK Madrasah yang anda kenali

Jika ada pertanyaan bolehlah membuat panggilan kepada 019 9380765

atau emailkan pertanyaan anda kepada abdghoniyy@yahoo.com

Terima kasih

Lagi Gambar Tapak Madrasah



Ini adalah gambar-gambar dihari kerja-kerja meratakan tapak pada 28 November 2007.







Tapak Madrasah

Ini sedikit gambar tapak Madrasah Insaaniyyah di Setiu, Terengganu.






Penubuhan Madrasah

Assalaamu`alaikum.

Dewasa ini kita dapati keupayaan para agamawan untuk memahami kitab-kitab turath agak berkurangan. Keadaan ini telah menyebabkan permata-permata bernilai didalam kitab-kitab tersebut gagal dimanfaatkan.

Bertitik-tolak dari situ maka kami berusaha menubuhkan madrasah ini supaya kita dapat sama-sama memanfaatkan mutiara-mutiara berharga yang ada pada kitab-kitab lama ini.

blog document