Gotong-royong Malam Isnin Minggu Pertama Ramadhan

AlHamduliLLaah sekalipun dirancang dalam jangka masa yang singkat, gotong-royong malam berjaya dilaksanakan.

Jam 6.20 petang kelas al Fiqhul Manhajiyy diteruskan dengan bab puasa
Pembacaan Sohihul Bukhori dan lain-lain ditangguhkan dibulan ramadhan kerana kelas petang dilaksanakan hanya sekali seminggu sahaja dibulan ini.

Diikuti majlis berbuka puasa bersama ajk Madrasah al Insaaniyyah dan sebahagian anak-anak kami.

Solat maghrib diimamkan mudir madrasah
Makan tambahan sambil bincang-bincang secara santai.

Solat Isya` dan Taraawiih diimamkan Ustaz Abu Muaz el Haafiz

Semasa sebahagian ajk bersolat witir, adik-adik peserta gotong-royong makan moreh. Selesai solat witir gotong-royong pun bermula sehingga jam 12 malam

Antara anak-anak ajk madrasah yang hadhir awal

AJK madrasah yang solat witir sebaik sahaja selesai taraawiih

Adik-adik sukarelawan menjamu selera sebelum memulakan kerja (Selepas gotong-royong, kami merancang untuk berikan sedikit saguhati kepada mereka)




Kerja dilakukan dalam sinaran cahaya lampu kalimantan







Gambar hasil kerja malam ini tidak dapat dipaparkan kerana kami tidak punyai kamera yang canggih untuk mengambil gambar dengan baik diwaktu malam

Tidak ramai yang hadhir pada siang hari sabtu yang lalu untuk bergotong-royong
Hanya ini sahaja hasil kerja dihari itu

Perkembangan Mutakhir 13 ogos 2010

Gambar bangunan asrama yang diambil pada jumaat 13 ogos


Gambar bangunan asrama yang diambil pada petang rabu (4 ogos 2010)


Gambar bangunan asrama yang diambil pada jumaat 13 ogos

Gambar bangunan asrama yang diambil pada jumaat 6 ogos


Mihraab masjid dilihat dari luar pada 13 ogos 2010

Mihraab masjid dilihat dari luar pada 6 ogos 2010

Pengisytiharan Wakaf Masjid Madrasah

Assalaamu`alaikum

Pada hari ini jumaat 25 Sya`baan 1431 hijriyyah bersamaan 6 aghustus tahun 2010 milaadiyyah rasmilah bangunan masjid dan tapaknya di Madrasah Insaaniyyah diwakafkan. Mudir Madrasah telah melafazkan sighah lafaz itu selepas kuliah pagi jumaat terakhir dibulan sya`baan.

Mulai saat tersebut sah dilakukan ibaadah i`tikaaf dan tahiyyatul masjid dilakukan pada bangunan ini 58x58 kaki campur dengan bahagian mihraab. Mulai saat ini juga terlarang keatas wanita ma`zuurah (haidh) berada didalamnya.





Kebarat bangunan Masjid Madrasah sedang dibina sebuah asrama lelaki untuk bakal pelajar yang akan tinggal dimadrasah ini




Tiang letrik dah pasang pada minggu ini.InsyaAllah tak lama lagi akan dipasangkan talian letrik kemadrasah.

Pembinaan Mihraab Masjid Madrasah

Menyiapkan mihrab memakan masa yang lama. Antara lain ia disebabkan ubahsuai daripada pelan bangunan yang asal. Dalam pelan asal tiada mihrab berbentuk separuh bulan ini

Pada 5 febuari 2010 mihrab hanya dibina dinding separuh sahaja. Abang Halim mengamanahkan hanya kepada seorang sahaja anak buahnya untuk kerja-kerja pemasangan batu-bata mihrab ini. Beliau bimbang jika anak buahnya yang lain ikut sama hasil yang didapati tidak sebagaimana yang dikehendaki

Sekalipun pemasangan batu-bata telah siap sepenuhnya namun pemasangan atap mengambil masa. Kecuraman yang tidak cukup memaksa kami menggunakan atap simen konkrit.

Papan plywood dan besi untuk pembinaan dah lama tiba, hanya masa yang belum mengizinkan

Akhirnya tiba juga hari yang ditunggu-tunggu, plywood dipotong untuk buat acuan atap mihrab

selepas acuan dipasang dan simen konkrit dituang besi sebagai tetulang atap perlu diikat dengan kemas

Inilah hasilnya selepas simen konkrit telah kering



Pembinaan Asrama Sedang Berjalan

Gambar-gambar yang diambil pada khamis atau jumaat (5 dan 6 ogos)



Gambar-gambar yang diambil pada petang rabu (4 ogos 2010)


Butiran Kos Pembinaan Bangunan
Dibawah ini dikemukakan asrama lelaki dimadrasah Insaaniyyah untuk rujukan dan anggaran.

Jumlah kos itu hendaklah ditambah kos luar jangka sebanyak rm 3000.00


Terima kasih

15 Batang Tiang Asrama Telah Tegak

20 julai 2010 dilihat dari arah timur tapak asrama (15 batang tiang simen masih berbaring diatas tanah)

Seminggu kemudian (28 julai 2010)dilihat dari arah timur tapak asrama (tiang-tiang simen telah ditegakkan)


20 julai 2010 dilihat dari arah utara tapak asrama(15 batang tiang simen masih berbaring diatas tanah)

Seminggu kemudian (28 julai 2010)dilihat dari arah utara tapak asrama(tiang-tiang simen telah ditegakkan)


Rabu 28 julai 2010 bangunan asrama dilihat dari arah barat . Kelihatan hanya tiang yang berdiri akan dikuti penaga,kekuda,kayu panjang,pemasangan atap dan simen konkrit lantai. Selepas itu pembinaan akan dilihat kepada kemampuan keewangan, samada tawaqquf, disambung dengan gotong-royong atau terus dengan upah tukang sehingga siap.
Sumbangan dialu-alukan
Sila berhubung dengan:
Setiausaha AJK al Madrasah al Insaaniyyah
Saudara Ya bin Ibrahim
013 9225524
atau
Mudir Madrasah
Ustaz Abdul Ghani bin Muda
014 5441837
Email Mudir Madrasah: abdghoniyy@yahoo.com

Sumbangan boleh juga duat melalui akaun bank:
1.Agro Bank
No. Akaun: 2006363000013125
Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah
atau
2.BIMB
No. akaun : 13017020483845
Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah)
atau
3.Maybank
No. akaun : 163019432797
Atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)

Terima kasih

Jangkaan Kos Pembinaan Bangunan Asrama Lelaki

Assalaamu`alaikum

Dibawah ini dikemukakan butiran kos pembinaan bangunan asrama lelaki dimadrasah Insaaniyyah untuk rujukan dan anggaran.

Jumlah kos (32,097)itu hendaklah ditambah kos luar jangka sebanyak rm 3000.00 jadi jumlah anggaran kos ialah rm 35,097.

Ketika bertanya seorang kontraktor tentang kos tersebut beliau mengatakan terlalu rendah. Kos sebenar adalah lebih tinggi kecuali sebahagian kerja-kerja dilakukan secara gotong-royong.


Terima kasih