Pembinaan Mihraab Masjid Madrasah

Menyiapkan mihrab memakan masa yang lama. Antara lain ia disebabkan ubahsuai daripada pelan bangunan yang asal. Dalam pelan asal tiada mihrab berbentuk separuh bulan ini

Pada 5 febuari 2010 mihrab hanya dibina dinding separuh sahaja. Abang Halim mengamanahkan hanya kepada seorang sahaja anak buahnya untuk kerja-kerja pemasangan batu-bata mihrab ini. Beliau bimbang jika anak buahnya yang lain ikut sama hasil yang didapati tidak sebagaimana yang dikehendaki

Sekalipun pemasangan batu-bata telah siap sepenuhnya namun pemasangan atap mengambil masa. Kecuraman yang tidak cukup memaksa kami menggunakan atap simen konkrit.

Papan plywood dan besi untuk pembinaan dah lama tiba, hanya masa yang belum mengizinkan

Akhirnya tiba juga hari yang ditunggu-tunggu, plywood dipotong untuk buat acuan atap mihrab

selepas acuan dipasang dan simen konkrit dituang besi sebagai tetulang atap perlu diikat dengan kemas

Inilah hasilnya selepas simen konkrit telah kering



No comments: