Minggu ke 3 dan minggu ke 4 bulan jun 2009 tidak banyak kerja dilakukan. Rancangan asal (sepanjang bulan jun) untuk mempastikan kerja-kerja pembinaan berjalan dengan pantas telah gagal.
Ada kontraktor yang samggup membekalkan pekerjanya untuk melakukan kerja melepa lantai dan dinding dan lain-lain sehingga masjid siap. Namun terlebih dahulu kerja-kerja pemasangan frame pintu dan tingkap hendaklah dilakukan. Malang bagi kami kontraktor(lain) yang akan menyiapkan kerja-kerja pemasangan frame pintu dan tingkap dengan percuma sedang sibuk melakukan kerja-kerja ditempat lain
Selain dari itu kami dinasihatkan agar menyiapkan pemasangan kekuda terlebih dahulu 100 peratus (pemasangan kekuda serambi masjid belum dilakukan) agar frame pintu dan tingkap tidak rosak semasa kerja-kerja membawa masuk besi-besi kekuda kedalam bangunan yang sedang dibina..
Malangnya disana ada keadaan yang menyebabkan "anak-anak Acheh" yang telah datang untuk menyiapkan pemasangan kekuda telah keluar kembali dari tapak pembinaan. Iaitu masalah ketiadaan air yang mencukupi untuk memasak, mandi, membasuh dan sebagainya
Buat masa ini belum ada paip air secara langsung ketapak pembinaan. Air dialirkan daripada sebuah rumah yang agak jauh dari tapak madrasah. Belum ada saluran paip air disepanjang jalan menuju madrasah. Disebabkan tekanan air sekarang rendah, maka paip air dari rumah paling hampir tidak punyai tekanan yang kuat untuk mengalirkan air naik ketapak madrasah.
Perkara ini menyebabkan anak-anak Acheh telah keluar(selepas 2 hari berkampung ditapak madrasah) dan melakukan kerja ditapak pembinaan yang lain. Perbuatan kami mengangkut air dengan lori telah terlambat. Kerana mereka ketika itu telahpun memulakan kerja pemasangan kekuda ditapak pembinaan yang lain. Oleh sebab itu kami kerugian masa lebihkurang 2 minggu.
2 keping gambar dibawah :Tangki air yang banyak diperlukan untuk menanpung keperluan air untuk anak-anak acheh yang memang tinggal ditapak pembinaan sepanjang masa melakukan kerja-kerja disini
Mungkinkah masalah kekurangan air ditapak madrasah akan berakhir dengan segera? Begitulah yang diharapkan. Khabarnya pihak SATU (Syarikat Air Terengganu) telah memilih kontraktor untuk kerja-kerja pemasangan paip air disepanjang jalan menuju kemadrasah. Kami dapati paip-paip air tersebut telah dihantar berhampiran tapak madrasah (sebagaimana 2 keping gambar dibawah)