Gotong-Royong Memindahkan Kayu (250509)

Assalaamu`alaikum
Tiang-tiang serambi telahpun bangkit berdiri. Kini geta atau penaga perlu dipasang untuk menyokong kekuda serambi masjid. Kami bercadang untuk menggunakan kayu terpakai yang telah diberikan kepada madrasah. Kayu tu disebelah bawah perlu dibawa ketapak masjid dibahagian atas. Satu gotong-royong diadakan pada petang isnin 25 me1 2009.

Mari kita saksikan gambar-gambar yang dirakamkan pada petang isnin yang lalu.

Diperingkat awal sebahagian peserta gotong-royong melakukan kerja-kerja pemasangan atap genting. Kerja-kerja yang juga memerlukan tenaga ramai orang. Ada yang perlu berada dibawah mengambil atap dan menghulurkan kepada orang disebelah atas "stage". Dari situ dihulurkan keatas bumbung. Mereka yang berada diatas menyusunkan atap sebagaimana yang sepatutnya.





Orang-orang kuat madrasah memerhatikan adik-adik yang sedang mengangkat kayu keatas
Tarik punya tarik, naik jugak kayu tu.




Kayu yang berjaya dibawa naik disusun.

Inilah antara barisan kita yang ikhlas berjuang



Tuan mudir belum berpeluh dah pun pakai kain semula

InsyaAllah selepas ini Tok Wan dibantu Abang Halim dan yang lain-lain akan melakukan kerja-kerja pemasangan penaga atau geta.

Untuk tiang serambi kami tidak memasang tetulang untuk mempastikan kayu wakaf masjid lama dimanfaatkan juga untuk menjimatkan masa dan mengurangkan kos.

Selepas penaga atau geta serambi dipasang. pembekal kekuda akan memasang kekuda besi sebagaimana yang dijanjikan. Kami baru bayar separuh atau 55% kos keseluruhan kekuda besi. Hampir 10 ribu lagi perlu dibayar kepada kontraktor bekalan dan pemasangan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat

Allahlah yang akan membalasnya

Keagungan Mazhab Imam Syafiee

Rasulullah pernah bersabda:

"لا تَسُبُّوا قُرَيشاً فإنَّ عَالِمَهَا يَمْلأُ طِبَاقَ الأرضِ عِلماً"

Maksudnya: “Janganlah kamu mencela bangsa Quraisy, sesungguhnya akan lahir seorang yang alim dia akan memenuhi dataran bumi ini dengan ilmu”.

Makna hadis ini ialah akan lahir seorang yang alim dari bangsa Quraisy dan permukaan bumi ini akan dipenuhi dengan ilmunya. Ulama berpendapat bahawa hadis amat bertepatan dengan Imam as-Syafiee kerana dia adalah dari bangsa Quraisy dan Imam mazhab selainnya iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad bukanlah dari bangsa Quraisy. Ternyata mazhabnya tersebar amat luas hingga meliputi dari Negara Arab, Timur, Barat, Asia, Afrika dan Eropah.

Imam Muhammad bin Idris atau lebih mashur dengan panggilan as-Syafiee dilahirkan pada 150 Hijrah dan wafat pada 204 Hijrah pada usia 54 tahun. Imam Syafiee mempunyai suara yang merdu sehingga masyarakat pada zamannya yang ingin mendengar atau belajar bacaan al-Quran yang sahih yang boleh menyentuh jiwa dan perasaan mereka akan merujuk kepada Syafiee walaupun pada ketika itu usianya masih muda remaja.

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa Imam Syafiee pernah sampai ke Asia Tenggara semasa hayatnya. Namun demikian umat Islam di Asia Tenggara pada hari ini berpegang kuat dengan mazhab fekahnya yang dikenali dengan ‘mazhab Syafiee’. Ini merupakan hujah dah bukti yang kuat bahawa hadis di atas menunjukkan kepada keagungan mazhab Syafiee.

Seterusnya jika kita lihat dari segi hayatnya, Imam Syafiee tidak dikurniakan usia yang panjang. Berdasarkan kepada usianya tak mungkin dia dapat menyebarkan ilmunya ke serata dunia semasa hayatnya. Tetapi kebenaran sabda Rasulullah bahawa ilmunya akan akan memenuhi muka bumi, maka ilmu Imam Syafiee telah dikembangkan oleh oleh ulama-ulama yang mengikuti aliran fekah yang beliau asaskan dengan berdasarkan kitab induk beliau (al-UMM) sehingga mazhab beliau merupakan mazhab yang paling ramai pengikutnya di muka bumi pada masa sekarang.

Seorang ulama yang digelar ‘penghulu ahli hadis’ iaitu Imam Bukhari (Muhammad bin Ismail) pengarang kitab Sohih Bukhari adalah bermazhab Syafiee. Seorang lagi tokoh hadis yang agung digelar dengan ‘penutup ahli hadis’ al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani yang merupakan penulis kitab Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari turut bermazhab Syafiee.

Di medan Jihad pula siapa yang tak kenal dengan kehebatan Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang telah membebaskan Palestin dari cengkaman tentera salib. Pemerintah dan panglima yang berpegang kuat dengan mazhab Imam Syafiee.

Keagungan Imam Syafiee dinukilkan dengan cermat dan amanah oleh Imam Tajuddin as-Subki dalam Tobaqat as-Syafieeyyah, siapa yang ingin mendapatkan lebih lagi kehebatan mazhab Syafiee bolehlah rujuk buku beliau.

والله أعلم وأحكم
Abu Nizar

sumber: usrahzonpiasau

Tiang Serambi Masjid Telah Didirikan (160509)

AlhamduliLLaah, asyukru liLLaah.

Pada hari sabtu yang lalu tiang-tiang roman sepanjang 8 kaki berjaya didirikan kesemuanya dikeliling masjid.Pada hari ini didirikan 15 batang tiang lagi menjadikan jumlahnya 16 batang. Hari tersebut adalah hari yang sibuk kepada ajk madrasah. Tuan mudir juga tidak hadhir gotong-royong kerana menghadhiri program di Paka.

Tahniah kita ucapkan kepada Saudara SU,Ketua tukang,bendahari usrah dan beberapa orang yang lain. Meskipun mereka tidak ramai, namun daya juang yang tinggi menjayakan kerja-kerja mendiri dan menegakkan kesemua tiang-tiang serambi masjid ini.Allahlah yang akan membalas sumbangan bakti tuan-tuan.

Tiada gambar peserta gotong-royong kali ini kerana "cameraman" juga uzur pada hari itu. Terima kasih Ustaz Sobri atas gambar-gambar yang dibekalkan.

Kerja kita selepas ini insyaAllah memasang geta diatas tiang-tiang serambi. IsyaAllah geta akan dipasang dengan menggunakan kayu. Iaitu sumbangan kayu masjid lama yang telah lama kita simpan. Siap geta dipasang bolehlah tukang datang meneruskan kerja-kerja pemasangan kekuda besi untuk serambi masjid ini.

Apa yang boleh kita lakukan sementara ini ialah menyambung kerja pemasangan atap dan kerja-kerja menyiapkan tandas (semalam (isnin)Abang Halim dan anak buah beliau telahpun menyambung kerja ini dengan pemasangan turus pintu utama tandas wanita)

Terima kasih





Pandangan dari arah barat daya

Pandangan dari arah barat

Pandangan dari arah barat laut

Pandangan dari arah timur laut

Padangan dari arah timur

Pandaaangan dari arah tenggara

Gotong-Royong Cuti Hari Wesak (100509)

Assalaamu`alaikum

Kami melakukan kerja-kerja gotong-royong 2 hari berturut-turut. Hari sabtu 090509 (tiada cameraman yang datang) Kami susun atap kat atas vumbung dan dirikan sebatang tiang serambi bahagian barat-laut bangunan masjid. Ada 15 batang lagi yang kami perlu dirikan.

Hari Ahad 100509 (hari wesak) kami memindahkan atap ketapak madrasah. Pada mulanya kami bercadang untuk mendirikan 7 batang tiang serambi, tetapi kerja-kerja memindahkan kepingan-kepingan atap genting amat memenatkan. Oleh sebab tu kami menangguhkan kerja mendirikan tiang-tiang seraaambi masjid tersebut.

Gambar terkini (dari arah tenggara, atap belum cukup. Ada sebahagian lagi belum diangkut ketapak madrasah


Gambar terkini (dari arah barat)


Nah sebahagian lagi atap dah tiba


Kepingan-kepingan atap dah hampir habis diturunkan dari lori (kelihatan juga dalam gambar Abang Halim ketua tukang kita)


Terima kasih kepada semua yang terlibat

Tiang-tiang roman serambi masjid ini masih terbaring dilantai masjid hanya yang paling hadapan sahaja telah didirikan (pandangan dari arah timur-laut)


(pandangan dari arah barat)


Ma`assalaamah

Gotong-royong Diwaktu Malam (040509)

Assalaamu`alaikum

Kadang-kadang kita sangat sibuk dalam urusan kehidupan dan mencari rezki
Waktu siang padat dengan aktiviti rutin. Begitulah yang berlaku kepada sahabat-sahabat kami ajk al Madrasah al Insaaniyyah.

Kesibukan ini menyebabkan kerja mengangkat (menghulurkan) kepingan-kepingan atap genting diwaktu malam. 2 mentol lampu kalimantan dipasang untuk mempastikan kerja-kerja dapat dilakukan

Tuan mudir sediri tidak berkesempatan hadhir kerana ke Kuala Lumpur menghantar anak berurusan dengan AmanahRaya (temuduga pembiayaan biasiswa ke al Azhar Kaherah)

Dalam 2 keping gambar dibawah kelihatan SU madrasah bersama-sama dalam gotong-royong



Dalam 2 keping gambar dibawah kelihatan adik-adik diatas bumbung sedia menanti kepingan-kepingan atap dihulurkan dari bawah




Dalam 3 keping gambar dibawah adik berbaju kuning-bata dari atas stage menerima atap dari bawah dan menghulurkan kepada mereka yang barada diatas bumbung




Sempat berehat sambil menyedut air kotak yang dibekalkan
(Adik kita ni paling kerap bersama dalam gotong-royong)


2 orang kuat ajk turut serta memberikan saham yang akan ditebus diakhirat nanti InsyaAllah


Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Moga penat-lelah kalian dibalas oleh Allah dengan sempurna

Ma`assalaamah