Projek Yang Sedang Berjalan (Hujung 2010)

Projek Yang Sedang Berjalan (Hujung 2010)

Assalaamu`alaikum
Tahun 2010 akan menutupi tirainya, tidak sampai 2 minggu lagi akan bermulalah tahun masihi yang baru 2011. Dengan itu rasmilah mudir Madrasah al Insaaniyyah akan berpindah tinggal ditapak madrasah.

Sebagai maklumat disini suka saya senaraikan projek pembangunan yang sedang brjalan hasil sumbangan idea dan sokongan moral dan keewangan dari masyarakat Islam diseluruh dunia, terutama bangsa melayu. Moga usaha kita semua yang mahu menjayakan pendidikan Islam yang berkesan akan mendapat pertolongan dari Allah sebaik-baiknya.

Terima kasih kepada semua ajk yang terlibat,para penderma dan para pemilik lamanweb dan yahoogroups email yang memberi laluan untuk penyebaran maklumat berkenaan projek ini. Terutama Tranungkite Online dan para kerabatnya.

Terima kasih

Pemasangan jubin seramik diserambi masjid



Menyiapkan rumah warden

Sebahagian besar bahan-bahan keperluan telah dibeli
Bingkai pintu bilik tambahan dan dapur

Pintu tandas dan bilik air

Besi untuk tingkap dan paip untuk tandas juga dah beli

Penyambungan atap depan asrama untuk mengelakkan kerosakan pintu dari tempias air hujan sekaligus memberikan ruang untuk pelbagai kegunaan

tiang telah dibeli

Kayu pun dah ada


Mengatasi becak pada jalan dan kawasan meletak kereta (halaman masjid)

Batu ini adalah sponsor dari para pelajar kuliah hari jumaat

Sebaiknya sebelum diratakan batu terlebih dahulu dilapisi dengan pasir

Suatu pagi di Madrasah al Insaaniyyah

Rumusan Tentang Kem Remaja Cemerlang Siri 2 2010

Rumusan Tentang Kem Remaja Cemerlang Siri 2 2010


Program Kem Remaja Cemerlang Siri 2 2010 telah terakhir lebih seminggu yang lalu. Beberapa perbincangan tidak rasmi telah berlaku. Dibawah adalah beberapa pengamatan hasil dari program yang telah dilaksanakan

-Program Kem Remaja Cemerlang Siri 2 2010 berjalan lebih baik berbanding Kem Remaja Cemerlang Siri 1 2010
disebabkan berberapa faktor
1.Pengalaman yang lebih memberikan kelebihan untuk melaksanakan program dengan lebih yakin
2.Jumlah fasilitator yang lebih ramai memberikan kawalan yang lebih baik terhadap peserta ketika LDK
3.Jangkamasa lebih panjang (3 hari) memberi ruang untuk lebih selesa untuk untuk melaksanakan kuliah dan LDK dengan tidak tergesa-gesa..
4.Prasarana yang lebih memberi keselesaan yang lebih, untuk kali ini kita punyai asrama untuk penginapan. (siri 1 penginapan dimasjid juga)


-Persediaan Untuk Kes-kes Luar Jangka
1.Pada hari pertama kem satu Bandar permaisuri keputusan bekalan air.
Kita tidak buat persediaan untuk menangani kes seperti ini. Sedangkan kita punyai cukup tangki air untuk menangkung air malangnya kita lupa untuk membersihkannya terlebih dahulu



2.Kita dapati ada seorang peserta kem yang merokok didalam tandas. Ada seorang peserta yang ditangkap kerana mencuri dan 2 orang yang telah ponteng dari tapak kem selama 3 jam. Kita tidak terlebih dahulu merancang tindakan menangani kes-kes ini. Ia memberi beban kepada urusetia untuk bertindak segera.
Penggunaan telepon bimbit juga sewajarnya dikawal

3.Mungkin dimasa akan datang akan ada pelbagai kes luar jangka yang perlu persediaan untuk menanganinya

-Penglibatan Ahli AJK Lebih Menyeluruh
-Untuk kali ini penglibatan ajk tidak seimbang. Ada yang beri komitmen penuh. Ada yang tidur diasrama memantau peserta kem tetapi ramai yang lain tidak melibatkan diri.
Kita perlukan ajk disiplin yang lebih aktif untuk kem dimasa akan datang. Masih banyak aspek disiplin yang wajar diperkemaskan.
Sebagai contoh masih ada yang mandi dengan hanya berseluar pendek secara terbuka

-Kita perlukan penglibatan lebih ramai berkawal diwaktu malam secara bergilir-gilir untuk mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Peningkatan Prasarana
1.Kali ini kita menerima 78 orang peserta. Bilik air yang ada tidak mencukupi. Tangki air yang ada tidak dapat menampung jumlah satu masa untuk kegunaan lebih kurang 100 orang (peserta dan fasilitator dan urusetia). Untuk masa akan datang kita perlukan sebuah bilik air tambahan siap dengan tangki airnya yang tersendiri.

2.Kawasan tapak kem perlu dipastikan tidak becak dimasa akan datang. Beberapa tindakan perlu dilakukan seperti pemasangan longkang,penurapan tar dan seumpamanya



3.Asrama perlu dilengkapi katil dan tilam untuk memberikan keselesaan penginapan yang lebih baik.
4.Kita juga perlukan satu lagi bangunan untuk menampung keperluan-keperluan perlaksanaan program dimasa akan datang juga bertindak sebagai dewan makan.

Keewangan
1.Bayaran pendaftaran yang kita kenakan terlalu rendah mengakibatkan kita mengalami difisit perbelanjaan. Untuk bayaran kepada pembekal makanan sahaja kita menggunakan tabungan program masjid lebihkurang seribu ringgit . Perbelanjaan bahan-bahan bacaan digunakan duit tabungan program masjid sepenuhnya.

2.Untuk fasilitator yang bukan dari kalangan kakitangan kerajaan (4 orang) saguhati untuk mereka dibayar dari sumbangan sahabat-sahabat mereka juga (fasilitator ustaz-ustaz JQAF (6 orang) bukan sahaja tidak dibayar malah menyumbang pula kepada fasilitator yang lain)

3.Untuk masa akan datang sponsor perlu dicari untuk menjayakan program seperti ini agar yuran tidak perlu diletakkan pada kadar yang tinggi dan sedikit saguhati dapat diberikan kepada setiap orang yang menyumbangkan masa dan tenaga mereka.

Moga dimasa akan datang program yang diakukan akan lebih berjaya

Hari Terakhir Kem Remaja Cemerlang Siri 2/2010

Amanah terakhir dari pihak pengajur kem sebelum anak-anak pulang kepangkuan keluarga mereka

Peserta kem khusyu` mendengar amanat terakhir

Semua barang-barang telah dikemaskan untuk pulang

Makan dan minumm kali terakhir sebelum pulang

Sebelum pulang semua solat asar berjamaah dan bersalaman antara semua peserta,fasilitator dan sebahagian bapa/penjaga yang datang untuk mengambil anak-anak mereka


Bapa dan penjaga yang datang awal sempat sama-sama minum petang bersama pihak penganjur dan anak-anak mereka

Segala-galanya telah siap,tiba masa untuk pulang



Mereka yang lambat pulang(ibubapa belum datang ambil) penorama ditepi bukit juga pilihan mereka

Kereta yang terakhir meninggalkan tapak kem 2/2010

Dari kampung inilah persimpangan ke Madrasah al Insaaniyyah tapak Kem Remaja Islam

Inilah tempat terakhir mudir Madrasah al Insaaniyyah bertugas sebagai penjawat awam

Salah seorang imam dimasjid ini adalah salah seorang dari barisan fasilitator program

Jadual ceramah dari penceramah yang bukan dari kalangan fasilitator

Barisan kereta milik fasilitator

Semua telah pulang asrama juga telah kosong

Hari Ke 2 Kem Remaja Cemerlang

Kuliah subuh oleh Abul`Izzil sedikit tentang "Hijrah"

Pengarah program melakukan sedikit koreksi dan memberi peringatan yang perlu kepada peserta

Mukaddimah LDK tentang rukun,syarat dan sunat-sunat dalam solat

Ustaz Abul`Izzil sedang minta laporan dari "Penghulu" yang dipilih

Solat asar diimamkan oleh Ustaz Abu Muaz al Hafiiz,selepas solat wirid dan doa

Mengaminkan doa pak imam Abu Muaz

Ustaz Engku Ibrahim dari UniSZA sedang menyampaikan kuliahnya

Peserta Kem khusyuk mendengar kuliah dari Ustaz Engku Ibrahim

Pengarah program dan pembantunya ambil peluang untuk makan malam selepas solat maghrib sedangkan peserta kem dan semua fasilatator makan sebelum maghrib

Kenderaan pembekal makanan tersekat ditebing jalan masuk kemadrasah

satuu!!! duaa!!! tigaaa!!! Ok dah lepas

Nak makan pun kena beratur, sabar jer lah

Nak makan pun kena beratur, sabar jer lah

Makan pagi nasi lemak

Kuih minum 10 pagi


Makan tengahari (nasi minyak) tak ingat nak ambil gambar
Kueh minum petang

Menu makan malam ringkas sahaja

Tahu makan kena tahu basuh pinggan

Apa yang mereka sedang buat ni?

Ini hasil kerja mereka, menu tambahan dari pengarah program