Allah Menjadikan Apa Yang Ia Kehendaki

Assalaamu`alaikum



Sebelum ni beberapa orang tukang bercadang untuk memberikan sumbangan kerja mereka dihari cuti mingguan mereka pada 8 januari 2010. Kerja yang akan difokuskan ialah memotong atap yang bertemu antara pelbagai penjuru atap antara timur dan selatan atara selatan dan barat antara barat dan utara juga antara utara dan timur. Lebih tepat lagi penjuru atap pada bahagian timur laut,barat daya,barat laut dan tenggara.




Pihak kami menyangkakan inilah kerja pertama yang akan dilakukan pada tahun ini.

Namun sangkaan kami meleset. Beberapa orang sahabat yang datang ketapak madrasah dengan tujuan untuk membantu tertunggu-tunggu kedatangan tukang-tukang import ini samada pada hari jumaat ataupun pada hari sabtu.

Simudir yang merundingkan penyertaan mereka dan mewar-warkan perkara ini pada mulanya merasa agak sedih dengan kegagalan gotong-royong pada hari ini. Maklumlah kerja-kerja telah tertangguh agak lama juga.

Seperti biasa "Kita merancang Allah Yang Menentukan"

Disatu sudut yang lain rancangan untuk membawa Tok Wan melakukan kerja-kerja memasang kekuda tandas juga tertangguh oleh sebab tiada arus letrik pada plug yang disediakan Abang Halim kemadrasah.




Rupa-rupanya kerja pembukaan ditahun 2010 ini dimulakan oleh Abang Halim dengan kerja-kerja dibahagian mihrab, menuangkan simen konkrit pada lantainya dan mengikat bata pada dinding mihrab.



Abang Halim membawa anak buahnya yang beliau fikirkan agak mahir untuk kerja-kerja ini.

Pada hari sabtu 16 januari 2010 kebetulan simudir yang bercadang untuk datang mutala`ah kitab Hasyiah Syekh Ibrahim Baijuri juga berpeluang mengambil bahagian mengangkut batu-bata dan menghulurkan bancuhan simen kepada adik yang melakukan kerja-kerja disana






Allah menjadikan apa yang ia kehendaki. Bukan semua yang kita cita-citakan akan menjadi kenyataan.



Dipetang selasa sebagaimana biasa pengajian diteruskan diwaktu yang sama Abang Halim meneruskan kerja apa-apa yang patut


Gotong-royong pemotongan atap pada 22 januari 2010 akan dipaparkan dalam kemaskini akan datang

No comments: