Assalaamu`alaikum wa rahmatuLLaah
Kelas petang mengunakan antara lain kitab-kitab arab berikut
1.Sohih Bukhori (hadis)
2.AlFiqhul Manhajiyy (fekah)
3.Ikhtisor Syuruh Ummul Baraahiin (tauhid)
4.Tafsir Jalaalain (ditawaqqufkan)
Antara pelajar yang hadhir kelas petang
Diperingkat awal kelas pengajian kadang-kadang bermula dengan solat asar berjamaah,belum ada bangunan solat berlantaikan tanah beratapkan langit
Bangsal inilah diperingkat awal kerapkali menjadi kelas untuk sesi pengajian disebelah petang
Bangunan masjid belum punyai atap, lantai belum disimen.
Kelas petang berteduhkan bayang dinding bangunan masjid
Berlantaikan simen konkrit, namun masih beratapkan langit
Walaupun bahagian dalam telah dituang simen konkrit, ketiadaan letrik memaksa kelas dijalankan dibahagian luar yang belum dituang simen konkrit kerana hari yang mendung menyebabkan suasana dalam bangunan agak gelap
Keadaan telah banyak berbeza
Menjamu selera sebelum Tok Guru tiba
Walaupun bahagian dalam sudah siap dipasang tile seramik, bahagian luar masih belum dipasang tile lagi. Sedikit sumber keewangan dibelanjakan untuk menyiapkan perkara yang lebih utama
Perbincangan tentang isu semasa sebelum kitab dibaca
Bila hari dah maghrib masing-masing bergegas untuk kekuliah atau mengimamkan jamaah dimasjid atau surau masing-masing
Semoga kita semua diberkati Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment