Pemasangan Seramik Lantai Dah Siap

AlhamduliLLaah kerja-kerja berjalan sederhana. Pemasangan lantai seramik dewan solat (3160 kaki persegi) masjid madrasah dah pun siap. Namun bahagian serambi masih masjid (utara,selatan dan timur 1444 kaki persegi) belum punyai peruntukan maupun penyumbang untuk memasang lantai seramik padanya. AlhamduliLLah walaupun hanya pelatih giat mara namun kerja pemasangan tile berjaya disiapkan.









Penghargaan harus diberikan kepada adik-adik pelatih giat mara yang masih setia melakukan kerja-kerja penyiapan masjid madrasah



Apa keadaan sekalipun, kelas pengajian tetap dijalankan untuk sesiapa yang dahagakan ilmu.



Tok Wan dan Abang Halim meninjau kerja-kerja yang telah dilakukan untuk mencadangkan kerja-kerja berikutnya



Tandas juga telah hampir siap. Kerja-kerja menyiapkannya dengan cara mengupah pekerja Indonesia. Kerja-kerja kerap terhenti disebabkan kehabisan simen. Selalu sahaja jangkaan kami tidak menepati keperluan kerja-kerja mereka. Cara kerja yang berbeza. Melata lantai dan dinding selalu sahaja melepasi jangkaan kami dari segi jumlah simen yang digunakan





Simen habis



Tidak berapa lama lagi kami akan mulakan pembinaan rumah guru pula.

InsyaAllah cuti khamis nanti kami akan mengadakan gotong-royong menyusun semula atap serambi masjid.

Sekalung penghargaan keatas semua yang terlibat menjayakan projek untuk ummat Islam ini.

Wassalaamu`alaikum

No comments: