Rombakan AJK Induk Madarasah al Insaaniyyah dan Pembangunan Semasa

Pada petang khamis pihak AJK Pengurusan Madrasah mengadakan mesyuarat tahunan.
Fokus kali ini ialah memperkemaskan jawatankuasa dan membentuk biro-biro yang difikirkan sesuai
Mereka Yang Datang Awal Untuk Mesyuarat Tahunan ajk Madrasah menunggu iqoomah untuk solat asar berjamaah

Sehingga 21 oktober 2010 beginilah rupa rumah warden madrasah al Insaaniyyah yang masih dalam pembinaan

Sehingga 22 oktober beginilah kemajuan pembinaan rumah warden


Jumaat 22 oktober 2010
Sebuah madrasah baru akan dibina di Besut
Perkongsian Pengalaman Dalam Menjayakan Pengajian Islam (selepas kelas pengajian mimgguan hari jumaat)

Selepas kelas pengajian umum mingguan hari jumaat 22/10/10 kami mengadakan gotong-royong mengangkat atap asbestos terpakai keatas lori untuk dipindahkan ketepi bangunan rumah warden agar dapat digunakan untuk menyiapkan bangunan tersebut
Pemindahan Atap Terpakai Ketapak Rumah Warden

Pemansangan jubin seramik pada dinding dan lantai bilik air dan tandas di Madrasah al Insaaniyyah

AlHamduliLLaah ada pihak yang bermurah hati untuk menyumbangkan beberapa beg simen untuk kerja-kerja pemasangan jubin dibilik air dan tandas madrasah




AlHamduliLLaah ada tukang yang bermurah hati menyiapkan asrama ini dengan upah 2 ribu ringgit sahaja. Doakan agar bangunan asrama ini berjaya disiapkan menjelang cuti sekolah akhir tahun 2010.


Bangunan stor ini dicadangkan agar diubah suai menjadi dapur sementara jika difikirkan sesuai.Urusan ini akan diserahkan kepada jawatankuasa pembangunan untuk memutuskannya.

Pintu terpakai disumbangkan kepada madrasah untuk digunakan dibahagian yang sesuai

Pintu dan bangkainya yang dibeli untuk menyiapkan rumah warden



Semoga semua amalan kita diterima Allah sebaik-baiknya
Aamiin

No comments: