Assalaamu`alaikum
Forum Sempena Ibadah Korban 19 November 2010
Pada hari ini jumaat 12 zuhijjah 1431 bersamaan 19 november 2010 pihak madrasah al Insaaniyyah berjaya menganjurkan satu forum bertajuk Ummah Berkorban Ummah Gemilang dengan jayanya.
Ini adalah majlis forum yang pertama diadakan dimadrasah ini.
Sekalipun program ini dirancang dalam jangka masa yang singkat (tidak lebih dari satu minggu) namun ia masih berjaya diadakan. Sekalipun tanpa mesyuarat rasmi, tanpa baner dan kain rentang namun program masih berjaya dilaksanakan sekalipun kehadhiran kurang lebih seratus orang sahaja.
Ada beberapa perkara yang membantu menjayakan program ini.
-Pertama komitmen jawatankuasa madrasah yang sanggup bekerja dalam masa yang singkat.
-Kedua kerja-kerja yang bersungguh-sungguh dan kemas oleh beberapa individu yang saya tidak mahu sebutkan nama mereka disini.
-Ketiga kerjasama panelis yang semua mereka samada orang yang pernah mengajar mudir,pernah belajar dan pernah berusrah dengan mudir madrasah ini.
Ringkasnya menggunakan kekuatan yang telah ada hanya perlu kepada inisiatif dan penyusunan untuk menjayakan program yang bermakna.
-keempat hari jumaat adalah hari kelas mingguan yang telah berjalan sejak 1 april 2010 (hanya bercuti sekali sahaja iaitu 1 syawaal 1431 yang jatuh pada hari jumaat)
hanya kita mengubah program kelas mingguan ini digantikan dengan majlis forum
-Kelima program ini dilaksanakan bersama-sama dengan program udhhiyyah (korban) yang disertai oleh mudir dan ahli jawatankuasa tarbiyyah madrasah dan keluarga mereka.
-Keenam masyarakat kampung Kederang yang dikenal pasti kalangan yang mudah diajak melakukan kerja-kerja kebajikan samada muslimin atau muslimat dikalangan mereka.
Sesuatu yang telah diketahui sejak dahulu antara faktor kejayaan banyak program dalam masyarakat melayu ialah ada penyediaan makanan dan penyertaan kaum wanita.
Akhir sekali ia adalah pengorbanan semua yang mengorbankan kerehatan hari cuti mereka untuk sama-sama memberikan khidmat demi Islam dan Umatnya. Semua itu adalah selepas kita mengambilkira semuanya adalah dengan pertolongan Allah. Sekalipun sekarang musim hujan namun hari jumaat tersebut cuacanya sangat baik sekali.
Ummah Berkorban Ummah Gemilang
Keterangan Gambar
Ustaz Abu Bakar sebagai moderator memulakan majlis dengan muqaddimah yang agak panjang (untuk pastikan kedua-dua panelis tiba)
Majlis forum berlangsung lebih 2 jam dan berakhir pada jam 11.25 pagi
Ustaz Abdul Aziz dengan hujjah-hujjahnya
Ustaz Fauzi dengan hujjah-hujjahnya
Melihat pada penceramah,hujah-hujahnya dan persembahan moderator,mutu forum tidak kalah berbanding forum perdana kat TV namun kehadhiran tidak ramai. Program dirancang oleh mudir madrasah tidak lebih seminggu dari program. Tanpa mesyuarat rasmi,tanpa baner dan kain rentang AlHamduliLLah forum berjaya dilaksanakan
Moga pada masa akan datang akan lebih berjaya
Sicilik yang mengintai dari bahagian muslimat dibahagian belakang dalam masjid
Sebelum Forum
Sembelih lembu dan melapah
Ketika Forum Sedang Berjalan Sebahagian Sukarelawan Masih Dalam Tugas
(menyiapkan kerja pemotongan daging dan memasak daging)
Selepas daging siap disiangkan tibalah masa untuk menyinggang daging
Ada muslimat yang meneruskan tugasnya sepanjang forum berjalan
(kerana jumlah bahan mentah yang tersedia agak banyak)
Jamuan Selepas Forum
AlHamduliLLah bangunan asrama yang belum digunakan untuk penginapan dijadikan tempat menjamu tetamu jadi dapatlah kemulian masjid dijaga dengan lebih sempurna. Hanya tetamu wanita sahaja yang makan dalam masjid
Selepas makan sebelum pulang tetamu dihadiahkan daging korban mentah yang telah disiang dan sebahagian besar tetamu juga dibekalkan daging yang telah dimasak dan kerabu perut termasuk panelis yang dijemput
Sekalipun majlis ini sempena majlis korban, namun pihak madrasah dapat juga mengutip sumbangan sebanyak rm 685.00
Kami agak terkilan kerana tidak punyai alat perakam yang sesuai untuk merakamkan forum yang bersejarah ini.
Moga segala kelemahan akan dapat diatasi atau dikurangkan dimasa akan datang
Moga Allah terima pengorbanan kita semua dan terima kasih.
Terima kasih kepada semua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment