Pembinaan Rumah Guru Di Madrasah Al Insaaniyyah
Update 18 oktober 2010
Update 16 oktober 2010
Assalaamu`alaikum
Hanya sedikit perkembangan berlaku dalam masa 4 hari. Yakni bermula 7 oktober sehingga 10 oktober 2010
Dibawah adalah perbandingan gambar-gambar yang diambil pada 2 tarikh yang berbeza
Ahad 10/10/10 (Pandangan dari timur)
Jumaat 8/10/10(Pandangan dari timur)
Ahad 10/10/10(Pandangan dari barat)
Jumaat 8/10/10(Pandangan dari barat)
Ahad 10/10/10(Pandangan dari barat)
Jumaat 8/10/10(Pandangan dari barat)
Ada seorang sahabat yang memberi komen bahawa standard tukang Malaysia pada hari khamis akan balik awal dan hilang tidak dapat dikesan pada hari sabtu. Hanya akan bekerja kembali dihari ahad (Terengganu cuti hari jumaat)
Berbeza dengan tukang dari Indonesia atau Thailand.
Diharap perkara itu tidak berlaku dalam kes pembinaan bangunan di Madrasah al Insaaniyyah. Moga kehilangan tukang dari tapak pembinaan adalah atas sebab keuzuran yang munasabah. Tambahan lagi hari khamis adalah hari gaji untuk mereka. Mungkin disana ada hajat yang mendesak yang menyebabkan mereka balik awal tambahan lagi cuaca yang tidak menentu tidak sesuai untuk kerja-kerja melibatkan penggunaan simen.
Boleh jadi hari sabtu kesibukan disebabkan mera`iekan sahabat handai atau kaum keluarga yang mengadakan majlis kenduri malah mungkin terlibat sebagai sukarelawan dalam kerja masak-memasak atau penyediaan tempat.
Namun perjanjian kami ialah upah secara pakej kerja yang dilakukan bukan mengikut jumlah hari bekerja. Namun diharap tukang-tukang yang melakukan kerja-kerja dimadrasah sentiasa sihat dan dapat melakukan kerja dengan pantas dan baik. Agar projek dapat siap dalam masa yang singkat.
InsyaAllah ia akan menjadi sebab mudir dapat berpindah awal tinggal dimadrasah yang diharapkan dapat merancang dan menjayakan program dalam masa yang terdekat. Musim cuti persekolahan akan bermula pertangahan november, itulah tarikh yang diharapkan dapat berlaku penghijrahan mudir untuk tinggal dimadrasah.
Akhir sekali sama-samalah kita doakan agar semua perkara baik berjalan dengan lancar.
Terima kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment