Gotong-royong sabtu 15 mei 2010

SalaamuLLaahi`alaikum warahmatu wa barakaatuh

Setelah sekian lama kami gagal mengadakan program gotong-royong yang melibatkan ramai penyertaan, AlHamduliLLaah pada hari ini kami telah berjaya mengadakannya dengan jayanya






"Walaupun ku keseorangan diatas atap ni, namun inilah apa yang patut ku lakukan" Begitu agaklah kata hati Encik Ibnu Awang kat atas sana. Orang lain semua berada dibawah terlibat dengan kerja membersihkan kawasan.








"Oh! Ada juga rupanya yang datang menemani dan membantu"


Memanglah anda berdua tukang-tukang yang mampu lakukan apa yang tidak mampu dilakukan oleh kami yang bukan tukang ni

Terima kasih kerana senghaja bercuti dri bertukang hari ini semata-mata kerana mencurahkan kepakaran anda berdua untuk kerja-kerja terakhir pemasangan atap masjid madrasah

Dan Terima Kasih kepada semua yang terlibat
termasuk juga mereka yang menyediakan minuman dan juadah yang banyak sehingga sempat ditapau simudir.

Gotong-royong sabtu 15 mei 2010 (2)

Dalam gotong-royong kali ini kami juga menggunakan khidmat jentera dalam kerja-kerja memindahkan tanah bukit untuk meluaskan halaman masjid agar memudahkan para pengunjung kemajlis ilmu parking kereta mereka. Juga untuk memberi ruang pembinaan wakaf untuk wanita ma`zuurah duduk, agar mereka juga berpeluang hadhir kemajlis ilmu

Ada beberapa bahagian yang difokuskan hari ini
1.Mencuci tapak untuk dibina bangunan asrama atau bangunan serba guna disebelah barat bangunan masjid
2.Meluaskan halaman masjid(bahagian selatan dan timur bangunan masjid) dan kawasan parking kereta
3.Menyempurnakan pemasangan atap (pemotongan dipenjuru tertentu)

AlHamduliLLaah semuanya dapat dijayakan






Pak Imam juga turun padang

Tok bilal juga turun padang sama

Al Amiinul `Aam yang sentiasa setia berusaha untuk menjayakan pembangunan madrasah

Bendahari masjid juga turun padang

Anak-anak juga ikut memeriahkan majlis gotong-royong

Anak-anak juga ikut memeriahkan majlis gotong-royong (angkut bata tu)



sianak dilatih bapa gotong-royong



Orang-orang kuat madrasah

Bila dah penat kita berehat sambil minum
Jentera ajerlah yang terus bekerja



Penyokong kuat program kebajikan

Pak Mat membentangkan hujjahnya





Penat juga rupanya



Terima kasih kepada semua
Semoga Allah menganjari anda semua sebaik-baiknya

Antara Warna-Warni Kelas Petang

Assalaamu`alaikum wa rahmatuLLaah

Kelas petang mengunakan antara lain kitab-kitab arab berikut
1.Sohih Bukhori (hadis)
2.AlFiqhul Manhajiyy (fekah)
3.Ikhtisor Syuruh Ummul Baraahiin (tauhid)
4.Tafsir Jalaalain (ditawaqqufkan)

Antara pelajar yang hadhir kelas petang

Diperingkat awal kelas pengajian kadang-kadang bermula dengan solat asar berjamaah,belum ada bangunan solat berlantaikan tanah beratapkan langit

Bangsal inilah diperingkat awal kerapkali menjadi kelas untuk sesi pengajian disebelah petang


Bangunan masjid belum punyai atap, lantai belum disimen.
Kelas petang berteduhkan bayang dinding bangunan masjid

Berlantaikan simen konkrit, namun masih beratapkan langit

Walaupun bahagian dalam telah dituang simen konkrit, ketiadaan letrik memaksa kelas dijalankan dibahagian luar yang belum dituang simen konkrit kerana hari yang mendung menyebabkan suasana dalam bangunan agak gelap

Keadaan telah banyak berbeza

Menjamu selera sebelum Tok Guru tiba


Walaupun bahagian dalam sudah siap dipasang tile seramik, bahagian luar masih belum dipasang tile lagi. Sedikit sumber keewangan dibelanjakan untuk menyiapkan perkara yang lebih utama

Perbincangan tentang isu semasa sebelum kitab dibaca

Bila hari dah maghrib masing-masing bergegas untuk kekuliah atau mengimamkan jamaah dimasjid atau surau masing-masing



Semoga kita semua diberkati Allah