Majlis Korban Di Madrasah Al Insaaniyyah 12 Zul Hijjah 1431

Assalaamu`alaikum
Mudir madrasah bergabung dengan 5 pelajar kelas petang serta salah seorang ibu mereka melakukan ibadah korban ditapak madrasah.

Seawal 7 pagi beberapa peserta dan sukarelawan telah tiba dimadrasah. Lebihkurang 7.30 pagi lori yang membawa lembu tiba dimadrasah.
Mudir beli lembu dengan harga rm2000.00 daripada tuannya diatas lori
Mudir menarik lembu turun kebawah melalui timbunan pasir (menjadi tangga) itu adalah proses menyempurnakan pemilikan selepas akad jual-beli lembu(disebut qobadh)

Kemudian mudir melakukan akad jual beli dengan setiap orang yang yang mengambil bahagian dan para wakil bagi yang tidak hadhir.Satu bahagian mudir jualkan dengan harga rm 300.00 (pag-pagi lagi dah dapat untung rm100.00). 2 orang yang bertindak sebagai wakil kepada yang lain memindahkan lembu ketapak penyembelihan dibantu oleh saudara Lokman.

Selepas semua diingatkan agar berniyat udhiyyah dengan bahagian masing-masing dan pihak yang mereka wakili, semua bersetuju Tok Ayah Haji Lah menyembelih lembu korban tersebut.

Tiada gambar untuk semua aksi diatas kerana jurukamera belum memulakan tugasnya

Melapah Lembu Korban


Kerja-kerja melapah lembu korban sedang berjalan, ada juga bertindak sebagai penonton sahaja dan yang lain membantu samada memegang atau menghantar daging ketempat pemotongan (persiangan)


Ramai pulak memakai baju merah hari ini termasuk penjual lembu (tuan asal)

Menghantar Daging Ketempat Pemotongan (persiangan)



Pemotongan Daging

Plastik lapik dihamparkan didepan bangunan masjid dalam bayangan bangunan masjid

Kalangan muslimat yang datang awal kebilik pejabat untuk membantu kerja-kerja pemotongan bawang,lada,serai,perut lembu dan sebagainya khususnya kerja-kerja buat kerabu perut

Sekalipun panas matahari mulai menggigit kulit namun sukarewan tidak berganjak dari tempat khidmat masing-masing sehingga daging habis dipotong



Memasak Daging

Selepas daging siap disiangkan tibalah masa untuk menyinggang daging


Daging siap dimasak sebelum jam 11.30 pagi

Tukang masak pada kali ini ialah saudara Lokman

Sumbangan Muslimat
Kalangan muslimat yang datang awal kebilik pejabat untuk membantu kerja-kerja pemotongan bawang,lada,serai,perut lembu dan sebagainya khususnya kerja-kerja buat kerabu perut
Antara muslimat yang mencurahkan bakti mereka melakukan kerja-kerja dapur memotong bawang lada,serai,perut lembu dan sebagainya untuk kelancaran kerja-kerja memasak.
khususnya kerja-kerja buat kerabu perut,istimewa pulak lebihan kerabu perut dapat dibawa balik oleh ramai tetamu

Jamuan Di Bangunan Asrama


AlHamduliLLah bangunan asrama yang belum digunakan untuk penginapan dijadikan tempat menjamu tetamu jadi dapatlah kemulian masjid dijaga dengan lebih sempurna. Hanya tetamu wanita sahaja yang makan dalam masjid



Daging Mentah Lebih Dibahagi-bahagikan

Selepas makan sebelum pulang tetamu dihadiahkan daging korban mentah yang telah disiang (potong)yang lebih dan tidak mampu dimasak kerana kawah dah penuh

Ini tidak termasuk daging yang telah diambil terlebih awal secara mentah untuk disedekahkan orang miskin tertentu yang dikenali untuk menunaikan kewajipan sedekah kepada fakit miskin secara mentah sebahagian dari daging korban.

Masing-masing dah pulang tidak ramai lagi yang masih dimadrasah


Mereka Yang Makan Lewat Pagi
Tok Ayah Haji Lah yang sembelih lembu terpaksa beredar untuk sembelih lembu yang lain, tetapi akhirnya beliau kembali untuk meraikan majlis makan daging korban ini sebelum solat jumaat


Majlis Makan Sebelah Petang
Selepas solat jumaat masih ada tetamu yang datang

Pak Imam Masjid Daerah turut sama meraikan majlis kenduri daging korban disebelah petang


Terima kasih atas sumbangan semua

No comments: