Jumaat 1 oktober 2010

BismiLLaahirRahmaanirRahiim

Selepas solat subuh kuliah tuan mudir di Masjid Puterajaya Setiu
Habis kuliah makmum mulai bangkit untuk pulang atau kewarung.

Subur rupanya tanah Madrasah al Insaaniyyah nih
Biji-biji tembikai tumbuh dicelah-celah sampah yang dibuang ketika "Ifthor Perdana" Ramadahan yang lalu

MasyaAllah dah berbuah pun, ada rezki nanti dapatlah dimakan bersama-sama

Sebahagian muslimin belum pulang selepas kuliah pagi jumaat kerana mengambil peluang meninjau perkembangan pembangunan madrasah



Lantai telah dilatakan

Bahagian dalam semua telah sempurna kecuali pintu dan cermin tingkap belum pasang


Dinding luar di 3 belah bahagian telah siap dilata


Yang tinggal hanya bahagian depan. Mungkin petang nanti (1 oktober 2010) siaplah agaknya. Apabila siap yang ini kerja tukang akan fokus pada pembinaan kuaters guru
Kerja-kerja dibangunan asrama dijangkakan akan disiapkan dengan gotong-royong








Pembinaan rumah guru mulai rancak. Keluasan bangunan ini ialah 30 kaki X 20 kaki tidak termasuk tdapur dan tandas.
Tukang yang sama sanggup menyiapkan rumah ini dengan dibantu oleh anak-anak mereka





Dijangkakan apabila siap rumah guru ini akan bermulalah kelas harian untuk anak-anak dan kelas al quran untuk golongan kanak-kanak dan dewasa.

Moga dipermudahkan Allah hendaknya

Ya Allah kami mengharapkan redha Mu

Aamiin! Ya Rabbal`Aalamiin.

No comments: