Gotong-royong Malam Isnin Minggu Kedua Ramadhan

AlHamdulillah program hari ini dan malamnya berjaya dilaksanakan dengan baik

1.Siang sebelum majlis berbuka pengajian kitab al Fiqhul Manhajiyy. Kelas petang ini dihadhiri oleh 5 orang pelajar semuanya ustaz-ustaz JQAF.

2.Ifthor Jama`iyy dihadhiri 12 orang sahaja, sederhana dan menyeronokkan.

3.Mudir Madrasah Insaaniyyah mengimamkan solat maghrib

4.Solat isya` diimamkan Ustaz Sufyan

5.Solat Tarawiiih diimamkan oleh Ustaz amin el Haafiz
alhamdulillaah penuh satu sof.

6.Selepas taraawiih para sukarelawan melakukan kerja gotong-royong meratakan tanah(pasir kotor) yang diisi kedalam tapak asrama sebelum lantai asrama disimenkan

7.Dalam waktu yang sama ajk "Jawatankuasa Ifthor Perdana". bermesyuarat untuk persiapan majlis berbuka puasa pada hari jumuat 27 0gos 2010.

Pembahagian tugas dilakukan bermula dengan jemputan tetamu, mendapatkan sukarelawan, melengkapkan peralatan memasak, mendapatkan bahan-bahan, sembelih lembu, memotong daging, memasak dan seterusnya.

Moga majlis Ifthor Perdana(berbuka puasa)dimadrasah ini pada hari jumuat nanti berjalan dengan baik dan memberi impak yang baik. Kalangan pelayar yang berdekatan dialu-alukan menyertai majlis ifthor pada petang jumaat nanti.

Kami tidak menggunakan duit madrasah untuk majlis ifthor ini sebaliknya ia adalah sponsor dari satu keluarga untuk mengadakan majlis ini.

Kami menjangkakan tidak terlalu mudah untuk mengadakannya kerana kami belum pernah mengadakan aktiviti memasak dimadrasah ini. Kami belum punyai prasarana untuknya. Dapur memasak untuk majlis aqiqah sebelum ini ditempat yang lain, hanya jamuan sahaja diadakan dimadrasah. Namun kami berpendapat inilah masa yang sesuai untuk kami persiapkan kelengkapan untuk aktiviti masak-memasak yang kami jangkakan akan kerap berlaku disini dimasa akan datang.

Perkara yang sangat penting yang kami fikirkan ialah mewujudkan sebab untuk masyarakat sekitar melibatkan diri dalam program dimadrasah ini dan menyuburkan aktiviti gotong-royong yang sewajarnya diperkasakan semula dalam masyarakat Islam kini. Gotong-royong memenatkan tambahan lagi majoriti ajk Madrasah adalah kakitangan kerajaan, namun kami lebih memikirkan impak positif kepada madrasah khususnya dan juga kepada masyarakat.

Ya Allah, bantulah kami dalam segala urusan baik yang kami lakukan. Aamiin ya Rabbal`aalamiin.

Timbunan pasir kotor 4 lori yang perlu diisikan ketapak asrama dalam program gotong-royong malam nanti



Mesyuarat "Jawatankuasa Ifthor Perdana".

Gotong-royong dilaksanakan dalam cahaya 2 lampu kalimantan


Sebahagian ajk Madrasah sempat meninjau kerja gotong-royong sebaik sahaja mesyuarat tamat.

Tidak selesa kerja dengan memakai baju dibasahi peluh, mereka tanggalkan baju

Setip kali gotong-royong mesti ada cikgu. Cikgu bukan hanya tahu menggunakan pen dan pensil sahaja, ada juga cikgu yang tahu menggunakan cangkul


Satu sedutan video kerja gotong-royong. Sila besarkan paparan untuk melihat gambar yang lebih jelas (Sila klik petak dibawah video sebelah kanan)


2 perkara luar jangka pada malam ini
1.Pasir yang dibekalkan rupanya belum cukup untuk ketinggian yang diperlukan kami masih perlukan 3 lori pasir lagi.

2.Kami tidak sempat menyempurnakan kerja-kerja pemasangan bata ikat 9, pengarah pembangunan uzur tidak hadhir dan sebahagian besar ajk lain tidak sempat gotong-royong kerana terlibat dengan mesyuarat "Jawatankuasa Ifthor Perdana".

Antara perkara yang mengembirakan ialah atap asrama akan mulai dipasang hari isnin (23 ogos 2010)InsyaAllah kerja-kerja persiapan untuk ifthor perdana boleh dilakukan dibangunan asrama yang sedang dalam pembinaan ini

Update terbaru dalam blog dibawah
http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/

No comments: