Ifthor Perdana Jumaat, 27 Ogos 2010

Sebagaimana yang telah dirancang sejak seminggu yang lepas pihak madrasah berjaya menganjurkan Ifthor Perdana. Dinamakan ifthor perdana agar tidak disalah ertikan dengan Iftor Jama`iyy yang dilakukan setiap minggu dimadrasah ini iaitu pada hari ahad.

Pada sebelah pagi sebaik sahaja tamat kelas pengajian mingguan dimadrasah kami menyiang (memotong) daging seekor lembu yang telah disembelih ditempat lain. Daging seekor lembu ini 2 kawah dimasak dimadrasah oleh Haji lah dibantu oleh ajk madrasah.

Hanya satu kawah gulai sahaja yang kami gunakan dimadrash ini manakala satu kawah lagi dihantar ke Kampung Selamat untuk majlis berbuka puasa disana.

Pihak kami hanya memasak dan menjamunya kepada para jemputan,Perbelanjaan dan keewangan untuk menjayakan majlis ini dibiayai oleh pihak lain yang melakukan akikah dan jamuan khairat untuk arwah bapa mereka.

Waima masjid-masjid utama disekitar sini juga mengadakan majlis yang sama pada hari ini, kehadhiran kemajlis berbuka puasa dimadrasah lebih dari seratus orang.

Majlis berbuka Puasa





Mereka yang tiba awal sempat bertanya setiausaha tentang perkembangan madrasah

Semua lampu dipastikan berfungsi dengan baik untuk menjamin kelancaran majlis berbuka puasa

Sudah Masak (kami mask 2 kawah daging)
Satu kawah dihantar ke Kampung lain untuk majlis berbuka puasa disana

Ketua tukang masak (cucu sepupu Tok Kenali) melepaskan lelah dan lenguh sempat bertanya khabar

Daging dalam sedang dimasak


Sebahagian muslimat yang turut membantu mengupas bawang dan sebagainya

Mempersiapkan peralapan untuk memasak

Menyiang/memotong daging
Kerja-kerja memotong daging bermula sebaik sahaja kelas pagi jumaat tamat jam 11 pagi





Setakat 27 ogos 2010 separuh atap bangunan asrama telah dipasang

Daun Pintu ini dibeli dengan duit kutipan di Gathering Ahli TKO di Taman Tasik Titiwangsa (dengan tambahan sumbangan yang lain)

No comments: