Assalaamu`alaikum
Mungkin semangat untuk beraya telah mengubah cara bekerja kita walhal hariraya lagi 4 atau 5 hari. Tidak, sebenarnya keadaan telah berubah. Anak-anak sekolah telah bercuti. Yang bersekolah jauh perlu diambil dari asramanya. Para guru mulai balik kampung atau meninjau dan beri masa pada perkara-perkara yang selama ini ditangguhkan.
Bagi sesetengah orang persiapan untuk beraya juga mulai rancak dilakukan. Jika diandaikan wanita lebih cergas dalam hal sekalipun ini, ia sudah tentu juga mempengaruhi tempo kerja dan aktiviti para suami dan bapa mereka.
Waima apa situasi yang berlaku program mingguan dimadarasah Insaaniyyah pada ahad malam isnin berjalan seperti biasa
1.Kelas al Fiqhul Manhajiy
2 Ifthor Jama`iyy
3.Solat maghrib,isya` dan taraawiih
4.Gotong-royong
Namun penyertaan semakin merosot tambahan pula sasaran kerja malam ini tidak banyak. Sekadar melata lantai mihraab masjid madrasah.
AlHamduliLLaah kerja-kerja yang dilakukan hanya mengambil masa satu jam sahaja
Kerja-kerja mendiinding ruangan pejabat madrasah dibangunan asrama telah bermula
Kelihatan pekakas dan barang-barang binaan yang baru dibeli untuk kerja-keja mendinding bilik pejabat
Mereka yang tiba awal menunggu ustaz untuk kelas fekah
Persiapan untuk berbuka puasa
Melepaskan lelah selepas solat taraawiih sambil minum-minum baki makanan berbuka puasa
Gotong-royong bermula lewat
Dah siap lantai mihraab masjid madrasah Insaaniyyah dilatakan simen
Semoga Allah terima amalan kita semua
Selingan
Sumbangan dari para dermawan dialu-alukan
Sila berhubung dengan:
Setiausaha AJK Madrasah al Insaaniyyah
Saudara Ya bin Ibrahim
013 9225524
atau
Mudir Madrasah
Ustaz Abdul Ghani bin Muda
014 5441837
Email Mudir Madrasah: abdghoniyy@yahoo.com
Sumbangan boleh juga dibuat melalui akaun bank:
1.Agro Bank
No. Akaun: 2006363000013125
Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah
atau
2.BIMB
No. akaun : 13017020483845
Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah)
atau
3.Maybank
No. akaun : 163019432797
Atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)
Terima kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment