Aktiviti Minggu Ke 2 November 2010

Assalaamu`alaikum

Masa berlalu dengan pantas
Kerja dan program dimadrasah berjalan dengan sederhana

Gambar bawah Abang Halim dengan pasukannya membina kakilima bangunan dibahagian depan
pada waktu yang sama ajk induk madrasah bermesyuarat kali pertama untuk sesi ini



3 keping gambar dibawah menunjukkan sebahagian dari ahli ajk sedang bermesyuarat



Habis mesyuarat tiba masa untuk pulang

Sehingga jumaat 12 november 2010 sekadar inilah kemajuan pembinaan bilik dapur dan bilik air rumah warden




2 hari kemudian (ahad 14/11/2010)beginilah kemajuan pembinaan bilik dapur dan bilik air rumah warden. Bingkai pintu mula dipasang




Anak-anak siapa ni bersantai kat tepi bukit

Menjamu selera selepas kelas pagi jumaat 14 november 2010

Ada yang makan ada yang berbincang

Satu kumpulan kecil dengan tajuk yang berasingan sambil minum-minum

Pendawaian eletrik pada bangunan asrama lelaki hanya mengambil masa 2 hari. Kontraktor belum but tumtutan lagi. Moga tabungan yang ada mencukupi untuk bayaran pendawaian ini

Para asaatizah(JQAF) yang hadhir kelas petang ahad 14/11/2010

Doakah kejayaan yang berpanjangan

Sehingga jumaat 5 november 2010

Assalaamu`alaikum
Dibawah adalah sebahagian gambar pada hari jumaat 5 november 2010.
Kerja yang sedang berjalan ialah
1.Pembinaan rumah warden.
Kerja sekarang terfokus dibahagian dalam iaitu membuat bilik. Oleh kerana itu ia kurang menyerlah dibahgian luar.

2.Pemasangan jubin seramik pada bilik air.
Kerja hanya dilakukan secara part time oleh tukang kerana beliau juga seorang penjawat awam. Kerja belum siap tambahan lagi jumlah jubin yang dibeli untuk kali pertama tidak mencukupi.

(Gambar bawah dan atas)Bingkai pintu dalam bilik belum terpasang kerana bingkai yang diambil dari bangunan terpakai tidak sesuai digunakan oleh itu perlukan bingkai yang baru

(Gambar atas)Kelihatan 3 batang tiang dapur dan bilik air telah dihantar pembekal.Mungkin tukang menunggu cuaca yang lebih baik untuk memasang tiang tersebut

(Gambar atas dan bawah)Kerja menyambung bahagian dapur dan bilik air belum dimulakan


Gambar pada hari jumaat dalam rumah warden. Fokus kerja dibahagian dalam. Keadaan semasa ini jauh lebih maju berbanding dengan apa yang kelihatan didalam 3 keping gambar dibawah



Mak cik yang paling awal tiba bawak makanan dan meyapu serambi masjid sebelum kelas pagi jumaat bermula

Hadhirin bersalaman selepas kelas pagi jumaat tamat

Hadhirin memakan makanan yang dibawa yang lain pula bermuzakarah selepas kelas tamat


Gambar dalam bangunan asrama. Telah siap dilatakan hanya pintu dan cermin tingkap belum terpasang dan katil serta tilam belum disediakan





2 tin cat lapisan dalam dah habis namun dinding masjid belum dicat dengan sempurna




Pembangunan dimadrasah agak agresif atas dasar untuk mempastikan program cuti sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan terancang. Maka pengaliran keluar duit madrasah agak laju. Diwaktu yang sama pengaliran masuk wang sumbangan selepas ramadhan adalah perlahan.

Maka sumbangan para penderma pada waktu ini adalah sangat sesuai. Sumbangan boleh diberikan kepada penama yang disenaraikan ditepi halam blog ini atau bank-in terus keakaun berikut

1.Agro Bank
No. Akaun: 2006363000013125

Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah

atau
2.BIMB
No. akaun : 13017020483845

Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah)

atau
3.Maybank
No. akaun : 163019432797

Atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)

Mohon agar dimaklumkan kepada beliau ditalian 019 9380765
Untuk sebarang maklumat boleh menghubungi :
Bendahari (baru) AJK al Madrasah al Insaaniyyah

Saudara Ya bin Ibrahim
013 9225524

atau
Mudir Madrasah
Ustaz Abdul Ghani bin Muda
014 5441837
Email Mudir Madrasah: abdghoniyy@yahoo.com

Terima kasih

Asrama Lelaki Hampir Siap

Assalaamu`alaikum
Pembinaan asrama lelaki dah tiba dipenghujungnya. Semuanya telah siap dilatakan samada dinding maupun lantai. Yang tinggal lagi ialah pemasangan pintu dan cermin tingkap yang akan dilakukan sedikit masa lagi.

Setelah siap sepenuhnya keperluan kita ialah mengisi dengan kati dan tilam agar ia layak dihuni oleh para pelajar.
Dibawah adalah sebahagian gambar yang diambil pada 2 tarikh yang berbeza 29 oktober 2010 dan 3 november 2010.

Tidak banyak gambar diambil disebabkan cuaca redup kadang-kadang hujan yang menghalang kelancaran kerja-kerja mengambil gambar lokasi.
29okt2010

3nov2010

29okt2010

3nov2010


29okt2010

3nov2010
Dari belakang asrama


Pembinaan Rumah Warden

Pembinaan rumah warden tidak selaju pembinaan asrama namun tetap ada kemajuan. Dibawah adalah perbandingan antara 2 tarikh 29 oktober dan 3 november 2010 dari pelbagai posisi
29okt2010

3nov2010

29okt2010

3nov2010

29okt2010

3nov2010

29okt2010

3nov2010

Pandangan Dari Atas Pada 29 Oktober 2010
.

Setelah asrama dah siap pasukan tukang yang bekerja disitu akan fokus kekerja pemasangan jubin tandas. Sebelum ini pemasangan jubin tandas hanya dilakukan secara sambilan sahaja.

Terima kasih