Gotong-Royong Sempena Cuti Maulidur Rasul 15 Febuari 2011

Assalaamu`alaikum

Gotong-royong hari ini tidak semeriah gotong-royong yang pernah diadakan. Sambutan kurang memberangsangkan. Kerja-kerja mengecat rumah warden sehingga tengahari hanya separuh sahaja.Kehadhiran tidak mencapai jumlah 20 orang yakni tidak mencapai separuh dari jangkaan kami.
Disamping gotong-royong kami juga menyewa lori dan jentera(case) untuk kerja-kerja meluaskan laluan kemadrasah juga halaman masjid.


Dinding rumah warden sebelum kerja mengecat bermula

Sentuhan pertama dalam kerja-kerja mengecat

Gotong-royong sedang berjalan




Selepas kerja mengecat


Kehadiran yang tidak ramai menyebabkan tidak banyak kerja yang dapat dilakukan. Gotong-royong tertumpu pada kerja-kerja mengecat selain dari pembersihan kawasan. Ada beberapa kerja yang dicadangkan tidak dapat dilakukan.

Perkara yang berjaya dilakukan pada hari ini (15 febuari
hari cuti sempena sambutan maulidur-Rasul)
1.Gotong-royong mengecat rumah dan membersihkan kawasan (belum siap sepenuhnya)

2.Tukang memasang lantai dan dinding bilik air dengan jubin dan siap (dengan upah)


3.Jentera (case) menyodok bukit untuk luaskan jalan laluan masuk kemadrasah (dengan sewa)


Moga gotong-royong dimasa akan datang mendapat sambutan lebih baik. Sabtu nanti gotong-royong menyambung serambi asrama.

Terima kasih

No comments: