Rakaman Gotong Royong Jumaat 19 Febuari 2010

3 Rakaman videoKlik panah untuk mainkan video

Assalaamu`alaikum
Gotong-royong hari ini tidak disertai oleh ramai sahabat. Ini disebabkan penetapan tarikh secara tiba-tiba oleh tukang atas kelapangan masa mereka.
Hanya 2 orang tukang dibantu oleh beberapa oarng yang lain.
Kerja hari ini (jumaat 19 febuari 2010) ialah pemotongan atap pada bahagian 4 penjuru serambi masjid.
Juga mengangkut lebihkurang 200 keping atap yang disumbangkan kepada masjid madrasah, sebagai tambahan untup melengkapkan pemasangan atap. Kiraan kami sebelum ini meleset menyebabkan atap masih belum dibeli secukupnya.
AlhamduliLLaah beberapa orang kenelan bermurahhati menyumbangkan atap yang telah mereka beli.
Namun beberapa masalah masalah menyebabkan pemesangan atap tidak dapat disempurnakan pada hari ini.
Pertama atap baru yang dibeli dan yang disumbangkan lebih lebar daripada atap lama. Oleh sebab itu penyusunan atap perlu dibuat semula. Atap baru hendaklah dipasang dibahagian belahan tertentu dan atap lama dibelahan yang lain, kerana ia akan mnenyebabkan atap tidak rapat dan tidak kemas yang menyebabkan kebocoran.dan akan memudahkan ia pecah.
Kedua penyusunan semula memerlukan jumlah sukarelawan yang ramai sedangkan tidak ramai yang hadhir pada hari ini.
Ketiga disebabkan penyusunan semula perlu dilakukan maka ukuran atap yang dipotong tidak tepat.
Keempat kami kehabisan simen yang perlu digunakan untuk menutup lubang dipenjuru atap.
Semoga kerja dimasa akan datang dapat dilakukan dengan lebih kemas
Terima kasih

No comments: