Pengajian Pembukaan

Assalaamu`alaikum

AlhamduliLLaah, walaupun bangunan yang didirikan belum siap namun kelas pengajian telah bermula. Kelas bermula dirumah Ustaz Zaini el Hafiz beberapa kali kemudian berpindah ke Surau Perumahan Binjai Manis juga beberapa kali.

Sekarang kelas ini dijalankan dibangunan sementara (site office) 2 kali seminggu.
Kelas berjalan selepas solat asar pada setiap hari sabtu dan isnin.

Kitab-kitab yang digunakan ialah Sohihul Bukhori, al Fiqhul Manhajiyy dan al Aajurumiyyah

InsyaAllah dalam segala kelemahan kelas tetap juga dijalankan 2 kali seminggu sehinggalah tiba masanya tuan mudir berhijrah dan tinggal sepenuh masa diperkampungan madrasah ini (al Madrasah al Insaaniyyah).

Pada ketika itu banyak lagi kelas pengajian akan berjalan.
Bilakan masa itu? Bergantung kepada prasarana yang sedang dibina. Apabila bangunan masjid boleh digunakan dan ada tempat untuk menginap insyaAllah tuan mudir akan tinggal disini.

(Gambar bawah)Sebahagian pelajar yang hadir pada hari isnin 11 rajab 1429 H


(Gambar bawah)Tuan Mudir sedang membuat rujukan dari Maktabah Syaamilah dalam komputer Us. Sobri
Ketua kelas, Ustaz Zaini bin Said el Hafiz tersenyum ketika gambarnya diambil


Syukran...

No comments: