Kerja-Kerja Yang Perlahan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
AlHamduliLLaah sepanjang ramadhan ada juga sedikit perkembangan. Secara umumnya tiada gotong-rong secara besar-besaran. Tuan mudir juga tidak sempat untuk terlibat dengan kerja gotong-royong ditapak madrasah. Hanya sekadar membuat tinjaun beberapa kali selepas kelas mingguan di Masjid Puterajaya.

Gambar pemasangan turus pintu depan sebelah kiri masjid madrasah. Gambar ini diambil pada 15 ramadhan atau 5 september 2009


Gambar (bawah)bahagian yang sama yang diambil pada hari terakhir ramadhan (29 ramadhan 1430H) atau 19 september 2009(dari bahagian dalam)





Turus pintu depan sebelah kiri masjid madarasah. Gambar ini diambil pada 29 ramadhan atau 19 september 2009 (dari bahagian dalam) Pemasangan turus pintu dan tingkap untuk bilik dibahagian depan serambi kanan masjid


Gambar diambil pada 15 ramadhan atau 5 september 2009
Selepas 2 minggu gambar diambil untuk bahagian yang sama


Gambar diambil dari bahagian dalam



Tapak madrasah 72 km dari Bandar Kuala Terengganu. Pada kilometer 72 ke Kuala Terengganu terdapat simpang tiga. Simpang yang menujuk kearah timur itu adalah simpang ke al Madrasah al Insaaniyyah (1km kedalam)

InsyaLLaah selepas berhariraya kita akan usahakan agar projek ini berjalan dengan lancar. Doakan untuk kejayaan dan kebaikan bersama


Tidak lupa terima kasih kepada para penyumbang yang banyak memberi sumbangan sepanjang ramadhan tahun ini. Semoga semua sumbangan diterima oleh Allah, moga diampunkan segala dosa dan dijadikan amalan penyumbangan tersebut sebagai amalan soleh .


Moga diberkati kehidupan kalian juga kehidupan kami dunia dan akhirat.


Selamat Hariraya


تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ “

(Semoga) Allah menerima (amal) kami dan (amal) kamu.”

Saluran Menderma Masih Dengan Saluran Yang Sama

Assalaamu`alaikum

AlHamduliLLaah selepas blog ini dikemaskinikan kelmarin ada beberapa sumbangan masuk melalui akaun atau cek by hand

Semasa majlis berbuka puasa tadi seorang sahabat menyampaikan sumbangan beliau dengan menggunakan cek


Saluran sumbangan dan akaun-akaun yang digunakan masih belum berubah


Ya Allah! Terimalah sumbangan daripada semua penyumbang, beratkanlah dengan sebabnya timbangan kebaikan mereka dihari akhirat , ampunilah segala dosa mereka dan kami dan berkatilah kehidupan mereka dan kehidupan kami didunia dan akhirat.

Aamiin Ya Rabbal `aalamiin

Tahap Pembinaan Yang Telah Dilakukan Sebelum Ramadhan

Kemajuan Pembinaan masjid

Lantai serambi kiri,kanan dan belakang masjid atau bahagian luar belum disimen dengan simen konkrit. Masih berlantaikan tanah dan pasir
Lantai bahagian dalam telah disimen dengan simen konkrit tetapi masih belum dilata dan belum dipasang jubin.

Dinding bata yang dah siap diikat telah dilata dalam dan luar dengan diupah 2 orang pekerja

Bingkai pintu dan tingkap telah dipasang hasil sumbangan dari pengusaha bingkai aluminium
Mihrab telah dibuat, tetapi belum disimen (masih berlantaikan pasir) dan belum diikat bata dengan sempurna sehingga keatas

Peles dihujung kekuda(bahasa malaysia entah guna istilah apa) belum dipasang. Bayaran untuknya telah dibuat bersama upah pemasangan kekuda. Pada mulanya tertangguh disebabkan besi peles lambat dihantar pembekal.
Atap belum dipasang dengan sempurna, gotong-royong mengangkut atap tertangguh mengakibatkan atap belum cukup untuk dipasang sepenuhnya


Tandas telah siap dipasang tetulang, menunggu kesempatan untuk dipasang kekuda kayu dan atap. Selepas itu barulah pemasangan mangkuk tandas dan lain-lain kerja penyempurnaan pembinaan tandas akan dilakukan.


Semoga kerja-kerja boleh dilakukan dengan lebih pantas dimasa akan datang
Terima kasih


Pembinaan Bilik Peralatan


Assamu`alaikum semua.


Lama tidak update. Kerja-kerja berjalan dengan perlahan tambahan lagi kesibukan menyebabkan kerja-kerja update blog ini menjadi agak payah.


Apa keadaan sekalipun pada tengahari sabtu 15 ramadhan 1430 hijriyyah (050909) sempat hadhir dan meninjau hasil kerja sepanjang 2 minggu awal ramadhan dan sebelumnya.


Kerja gotong-royong buat masa ni terfokus kepada menyiapkan sebuah bilik untuk kegunaan menyimpan peralatan. Bilik ini dibina dibahagian serambi kanan masjid.



Disebelah pagi kerja-kerja mengangkut bata-bata telah dilakukan untuk memudahkan kerja-kerja mengikat bata disebelah petang.
Semoga semua yang terlibat sentiasa mendapat rahmat Allah sepanjang masa

Gambar Terbaru Bangunan Madrasah (julai 2009)

SalaamuLLaahi `alaikum

Beberapa gotong-royong kecil-kecilan berjaya diadakan. Tiada gambar diambil ketika kerja-kerja dilakukan. Jurugambar kami sibuk dengan urusan kelahiran ank ke 2.

Setelah keadaan telah reda dapatlah kita pertontonkan gambar terbaru yang beliau ambil pada sabtu 18 julai 2009


Pandangan dari laluan masuk

Pandangan dari arah tenggara masjid

Pandangan dari arah barat laut




Pandangan dari arah barat

(rupanya atap kami belum mencukupi)

Pemasangan paip air ditepi jalan belum disempurnakan

Anak-Anak Acheh Kembali Lagi

SalaamuLLaahi `alaikum

Setelah mereka selesaikan tugas ditempat lain kini mereka datang lagi. Semoga selepas ini kerja-kerja pembinaan masjid madrasah berjalan dengan lancar sehingga ia layak digunakan dengan sempurna. Anak-anak Acheh ini memulakan kerja-kerja untuk pemasangan kekuda serambi masjid bermula pad 30 jun 2009 (hari selasa).

Kali ini mereka hanya bertiga sahaja. Antara mereka ialah pekerja yang jatuh dan patah kaki dibulan april yang lalu (dalam gambar dibawah beeliau memakai baju putih berbelang. Kelihatan juga si Wahid sedang mengukur jarak untuk menebuk lubang skru untuk pemasangan kekuda)


2 keping gambar dibawah menunjukkan hasil kerja 1 julai 2009 (rabu)




Kelihatan dalam gambar dibawah bangunan masjid dan bangunan tandas. Kedua-duanya belum siap

Ya ALLaah! Berkatilah kerja-kerja kami ini dan jadikan kami orang-orang yang ikhlas.

Kita Berikhtiar Allah Menentukan

SallaamuLLaahi`alaikum!

Minggu ke 3 dan minggu ke 4 bulan jun 2009 tidak banyak kerja dilakukan. Rancangan asal (sepanjang bulan jun) untuk mempastikan kerja-kerja pembinaan berjalan dengan pantas telah gagal.

Ada kontraktor yang samggup membekalkan pekerjanya untuk melakukan kerja melepa lantai dan dinding dan lain-lain sehingga masjid siap. Namun terlebih dahulu kerja-kerja pemasangan frame pintu dan tingkap hendaklah dilakukan. Malang bagi kami kontraktor(lain) yang akan menyiapkan kerja-kerja pemasangan frame pintu dan tingkap dengan percuma sedang sibuk melakukan kerja-kerja ditempat lain
Selain dari itu kami dinasihatkan agar menyiapkan pemasangan kekuda terlebih dahulu 100 peratus (pemasangan kekuda serambi masjid belum dilakukan) agar frame pintu dan tingkap tidak rosak semasa kerja-kerja membawa masuk besi-besi kekuda kedalam bangunan yang sedang dibina..

Malangnya disana ada keadaan yang menyebabkan "anak-anak Acheh" yang telah datang untuk menyiapkan pemasangan kekuda telah keluar kembali dari tapak pembinaan. Iaitu masalah ketiadaan air yang mencukupi untuk memasak, mandi, membasuh dan sebagainya

Buat masa ini belum ada paip air secara langsung ketapak pembinaan. Air dialirkan daripada sebuah rumah yang agak jauh dari tapak madrasah. Belum ada saluran paip air disepanjang jalan menuju madrasah. Disebabkan tekanan air sekarang rendah, maka paip air dari rumah paling hampir tidak punyai tekanan yang kuat untuk mengalirkan air naik ketapak madrasah.

Perkara ini menyebabkan anak-anak Acheh telah keluar(selepas 2 hari berkampung ditapak madrasah) dan melakukan kerja ditapak pembinaan yang lain. Perbuatan kami mengangkut air dengan lori telah terlambat. Kerana mereka ketika itu telahpun memulakan kerja pemasangan kekuda ditapak pembinaan yang lain. Oleh sebab itu kami kerugian masa lebihkurang 2 minggu.

2 keping gambar dibawah :Tangki air yang banyak diperlukan untuk menanpung keperluan air untuk anak-anak acheh yang memang tinggal ditapak pembinaan sepanjang masa melakukan kerja-kerja disini

Mungkinkah masalah kekurangan air ditapak madrasah akan berakhir dengan segera? Begitulah yang diharapkan. Khabarnya pihak SATU (Syarikat Air Terengganu) telah memilih kontraktor untuk kerja-kerja pemasangan paip air disepanjang jalan menuju kemadrasah. Kami dapati paip-paip air tersebut telah dihantar berhampiran tapak madrasah (sebagaimana 2 keping gambar dibawah)

Semoga kita semua mendapat pertolongan Allah .

Terima kasih

Cabaran Baru (Sediakan Dana Atau Bahan Binaan)

Masjid Dijangka Akan Dapat Digunakan Ramadhan 1430Hijriyyah

Syukur alHamduliLLaah! Sekalipun perlahan, kemajuan pembinaan masjid tetap ada.

Awal bulan jun 2009 beberapa petang saya datang berehat dalam bangunan masjid yang sedang dibina. Setelah penat program siang sementara tiba malam untuk kekuliah maghrib sempat jugalah melihat-lihat hasil kerja yang dilakukan Tok Wan, Abang Halim dan anak-anak buah beliau. Sesekali terfikir "lambat sungguh siap masjid ni", "alangkah perlahannya kerja-kerja kami, gotong-royong tegak tiang 1 april 2008, sekarang dah jun 2009, lama tu"

Hari sabtu 060609 ibu mertua salah seorang AJK kami meninggal dunia. Pada malamnya kami kerumah keluarga beliau untuk tahlil. Selepas itu kami kembali kemasjid. Ketika kami sedang berbincang seorang kotraktor datang menyertai kami. Beliau adalah salah seorang ahli keluarga mak cik yang baru meninggal dunia.

AlhamduliLLaah! Beliau menyatakan telah meninjau projek pembinaan masjid ditapak al Madrasah al Insaaniyyah. Beliau berjanji akan menghantar 2 orang dari pekerja beliau untuk melakukan kerja setiap hari sehingga masjid siap. Kami hanya perlu sediakan bahan-bahan binaan.

Nah! Kini kami berhadapan dengan cabaran baru, mendapatkan dana secukupnya untuk mempastikan masjid madrasah dapat disiapkan dengan kadar segera.

Semoga projek ini tidak terbantut lagi dan dapat disiapkan sebelum Ramadhan 1430 hijriyyah.

Terima kasih.




Gambar bangunan masjid pada 09 jun 2009
Pandangan belakang bangunan masjid dan bangunan tandas

Anak-anak Acheh melakukan kerja-kerja persediaan untuk memasang kekuda serambi masjid