Hari Ke 2 Kem Remaja Cemerlang

Kuliah subuh oleh Abul`Izzil sedikit tentang "Hijrah"

Pengarah program melakukan sedikit koreksi dan memberi peringatan yang perlu kepada peserta

Mukaddimah LDK tentang rukun,syarat dan sunat-sunat dalam solat

Ustaz Abul`Izzil sedang minta laporan dari "Penghulu" yang dipilih

Solat asar diimamkan oleh Ustaz Abu Muaz al Hafiiz,selepas solat wirid dan doa

Mengaminkan doa pak imam Abu Muaz

Ustaz Engku Ibrahim dari UniSZA sedang menyampaikan kuliahnya

Peserta Kem khusyuk mendengar kuliah dari Ustaz Engku Ibrahim

Pengarah program dan pembantunya ambil peluang untuk makan malam selepas solat maghrib sedangkan peserta kem dan semua fasilatator makan sebelum maghrib

Kenderaan pembekal makanan tersekat ditebing jalan masuk kemadrasah

satuu!!! duaa!!! tigaaa!!! Ok dah lepas

Nak makan pun kena beratur, sabar jer lah

Nak makan pun kena beratur, sabar jer lah

Makan pagi nasi lemak

Kuih minum 10 pagi


Makan tengahari (nasi minyak) tak ingat nak ambil gambar
Kueh minum petang

Menu makan malam ringkas sahaja

Tahu makan kena tahu basuh pinggan

Apa yang mereka sedang buat ni?

Ini hasil kerja mereka, menu tambahan dari pengarah program

Hari Pertama Kem (Isnin 6122010)

Taklimat dari pengarah program dan proses membahagikan peserta kepada 10 kumpulan


Selesai pendaftaran,taklimat dan pembahagian kumpulan, berjalan keasrama untuk simpan barang-barang


LDK dalam 10 kumpulan

Praktikal wudhu`

Tukang pemasangan jubin seramik lantai serambi masjid bercuti untuk memberi laluan kepada perlaksanaan program "Kem Remaja Cemerlang Siri 2"


Para peserta sedang makan


Selepas minum petang,berehat sambil menikmati keindahan ciptaan Allah sebelum kehalaqah zikir


Alamak air dalam tangki dah habis. Paip di Bandar permaisuri sedang dibaiki


Sembang-sembang sambil menunggu bekalan air pulih.
Hilang fokus untuk masak air,beli biskut untuk peserta dan rebus ubi disebabkan bekalan air terputus dan tindakan 2 peserta keluar dari tapak kem. Lebihkurang 3 jama kemudian pelajar yang menghilangkan diri berjaya dibawa pulang ketapak kem

Taklimat sebelum tidur




Kami tidak sempat siapkan katil dan tilam untuk penginapan, kami hamparkan karpet lama dan dialas pula dengan tikar plastik untuk menjadi tempat tidur peserta kem dibangunan asrama


Bendahari turun padang untuk keselesaan anak-anak peserta kem


Persiapan Tempat Dan Prasarana Untuk Kem

Assalaamu`alaikum

Madrasah al Insaaniyyah akan menganjurkan "Kem Remaja Cemerlang Siri ke2/2010"
selama 3 hari 2 malam 6,7 dan 8 disember 2010

AlhamduliLLaah semua pintu asrama telah dipasang tanpa kos tambahan dan sebahagian cermin tingkap telah dipasang bersedia untuk digunakan



Para sukarelawan memasang cermin tingkap dan karpet untuk penginapan peserta kem diasrama

Atap masjid siap dipasang perabung

Walaupun belum siap tetapi sekurang-kurangnya serambi masjid sebelah timur ini sesuai digunakan untuk tempat makan dan untuk LDK bagi 2 kumpulan dari 10 kumpulan peserta



Peserta kem sedang makan,ada yang sedang makan ada yang masih beratur untuk ambil makanan

Pemudahcara pun kebiasaannya makan disini juga


AlHamduliLLaah kolah siap dibaiki. Lebih mudah untuk anak-anak peserta kem mandi


Kami tidak sempat siapkan katil dan tilam untuk penginapan, kami hamparkan karpet lama dan dialas pula dengan tikar plastik untuk menjadi tempat tidur peserta kem dibangunan asrama


Lampu dipasang untuk menerangi laluan diwaktu malam

Madrasah belum mampu untuk membeli peralatan mahal seperti ini tambahan lagi penggunaannya hanya dalam waktu yang terhad. Peralatan ini dipinjamkan pihak tertentu


Longkang perlu dipasang agar saliran air berjalan dengan baik

Ketika kem sedang berlangsung selori batu lagi dihantar untuk menangani jalan yang becak