Pemotongan Atap Jumaat 22 Januari 2010

Salaamun `alaa manit taba`al huda

Akhirnya apa yang dicita-citakan berjaya juga direalisasikan. Sebelum kemasjid untuk kuliah pagi jumaat, satu panggilan telepon dari ketua rombongan tukang yang bertolak kemadrasah untuk kerja-kerja gotong-royong di Madrasah Insaaniyyah.

Syukur pada Allah yang menjadikan segala-galanya.

AlhamduliLLaah kerja-kerja memotong atap antara pelbagai sudut dibahagian utama (40 kaki x 40 kaki) berjaya disiapkan pada petang jumaat yang berkat ini. Kerja-kerja menyimen bahagian itu insyaAllah boleh disempurnakan oleh para ajk Madrasah. Ilmu para tukang untuk kerja-kerja itu telah diperturunkan kepada kami.

Tukang meninggalkan tapak madrasah untuk bertolak balik ke Kuala Terengganu sekitar jam 5 petang.

Pihak madrasah ada mengusahakan sedikit sumbangan dan bayaran minyak kereta kepada tukang-tukang ini, namum mereka menolak dengan baik dan mengatakan sudah ada orang lain sponsor untuk kedatangan mereka melakukan kerja gotong-royong.

Kerja-kerja disebelah pagi






Makan tengahari selepas solat jumuat




Atap pada penjuru ini telah dipotong dan sudah disimenkan






Kerja disebelah petang







Tukang meninggalkan tapak madrasah untuk bertolak balik ke Kuala Terengganu sekitar jam 5 petang.

Mereka bercadang untuk akan datang lagi bila ada kelapangan dan situasi yang sesuai
Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sabtu 23 januari 2010 insyaAllah akan diadakan gotong-royong meratakan bancuhan simen konkrit pada lantai serambi kanan,kiri dan depan masjid

Allah Menjadikan Apa Yang Ia Kehendaki

Assalaamu`alaikum



Sebelum ni beberapa orang tukang bercadang untuk memberikan sumbangan kerja mereka dihari cuti mingguan mereka pada 8 januari 2010. Kerja yang akan difokuskan ialah memotong atap yang bertemu antara pelbagai penjuru atap antara timur dan selatan atara selatan dan barat antara barat dan utara juga antara utara dan timur. Lebih tepat lagi penjuru atap pada bahagian timur laut,barat daya,barat laut dan tenggara.




Pihak kami menyangkakan inilah kerja pertama yang akan dilakukan pada tahun ini.

Namun sangkaan kami meleset. Beberapa orang sahabat yang datang ketapak madrasah dengan tujuan untuk membantu tertunggu-tunggu kedatangan tukang-tukang import ini samada pada hari jumaat ataupun pada hari sabtu.

Simudir yang merundingkan penyertaan mereka dan mewar-warkan perkara ini pada mulanya merasa agak sedih dengan kegagalan gotong-royong pada hari ini. Maklumlah kerja-kerja telah tertangguh agak lama juga.

Seperti biasa "Kita merancang Allah Yang Menentukan"

Disatu sudut yang lain rancangan untuk membawa Tok Wan melakukan kerja-kerja memasang kekuda tandas juga tertangguh oleh sebab tiada arus letrik pada plug yang disediakan Abang Halim kemadrasah.




Rupa-rupanya kerja pembukaan ditahun 2010 ini dimulakan oleh Abang Halim dengan kerja-kerja dibahagian mihrab, menuangkan simen konkrit pada lantainya dan mengikat bata pada dinding mihrab.



Abang Halim membawa anak buahnya yang beliau fikirkan agak mahir untuk kerja-kerja ini.

Pada hari sabtu 16 januari 2010 kebetulan simudir yang bercadang untuk datang mutala`ah kitab Hasyiah Syekh Ibrahim Baijuri juga berpeluang mengambil bahagian mengangkut batu-bata dan menghulurkan bancuhan simen kepada adik yang melakukan kerja-kerja disana






Allah menjadikan apa yang ia kehendaki. Bukan semua yang kita cita-citakan akan menjadi kenyataan.



Dipetang selasa sebagaimana biasa pengajian diteruskan diwaktu yang sama Abang Halim meneruskan kerja apa-apa yang patut


Gotong-royong pemotongan atap pada 22 januari 2010 akan dipaparkan dalam kemaskini akan datang

Kegiatan Pembukaan Tahun 1431/2010








































































Assalaamu`alaikum

Buat masa ni belum ada kerja-kerja pembangunan diteruskan. Akhir 2009 kerja-kerja terbantut beralasan hujan dimusim tengkujuh.

Kita banyak membuat tinjaun dan perbincangan dengan tukang yang sepatutnya meyambung kerja-kerja menyiapkan bangunan masjid.

Sebelum 2009 menutup tirai, beberapa alat binaan telah diangkut ketapak madrasah.
Atap dan perabung atap sudah tersedia disana. Sama-sama kita doakan agar jumaat dan sabtu nanti tiada hujan ditapak madrasah, agar kerja-kerja pemasangan perabung dapat dilakukan.

Hari terakhir 2009 (31122009) seramik yang akan dipasang pada lantai bahagian dalam telah dihantar ketapak madrasah. Terima kasih tidak terhingga kepada hamba Allah yang menyumbang tail seramik ini.

Sebahagian Tarikh Kerja-Kerja Ditapak Madrasah

29 mac 2008 hari solat hajat dan membina "site office"




















12 april 2008

Sambung kerja siapkan site office




































1 mei 2008

Pembinaan masjid bermula dengan mendirikan 12 batang tiang






















































19 mei 2009

Membuat asas untuk menakung tanah dan ikat bata diatasnya




















Hasil kerja lepas gambar diambil 23 mei 2008



















Pemasangan 4 batang tiang seri

8 jun 2008



















































Hasil kerja-kerja mengikat bata diteruskan

gambar diambil pada 23 november 2008





































Pemasangan tetulang pada 4 batang tiang seri

27 oktober 2008



















Menukar 2 batang tiang depan dengan tiang roman dan

memasang tetulang atas dinding tepi

26 januari 2009









































































































Pemasangan kekuda bahagian utama masjid madrasah

12 april 2009





































Memindahkan atap sumbangan ahli kemasjid madrasah
10 mei 2009 (alamak dah lebih setahun belum naik atap lagi)



















Kerja-kerja melata dinding (bila diupah barulah cepat)

8 og0s 2009




































































Tak berapa nak cukup korum (gotong-royong tetap

berjalan juga, dah penat disambung dengan

agenda makan-minum)17 oktober 2009




































Sumbangan alat-alat binaan terpakai
19 oktober 2009






































































terima kasih