Loading...

Gotong-Royong Sabtu 5 Mac 2011

http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/2011/03/gotong-royong-sabtu-5-mac-2011.htmlAssalaam`alaikum
Sebagaimana yang dipersetujui gotong-royong diteruskan ditapak madrasah ini disebelah pagi. Kerja utama ialah menyimen lantai serambi atau anjung asrama.
Kerja membersih kawasan dan kawasan letak kereta juga dilaksanakan. Untuk melaksanakan kerja-kerja ini jentera disewa.

Kerja menyimen lantai serambi asrama dengan simen konkrit bermula dengan merata dan mampatkan tapak

Untuk jimatkan kos simen dibancuh ditapak madrasah. Tenaga anak-anak buah Cikgu Mad dicurahkan untuk kerja-kerja ini

Dah separuh,tinggal separuh jer lagi

Dah hampir siap tak sampai 3 jam pun "Pertolongan Allah Bersama Jama`ah"

Inilah hasilnya




Simen konkrit dah siap dilatakan, nasi dah makan, awal lagi
jom kita lakukan kerja-kerja kecil
antaranya kerta tebuk menebuk dinding untuk pemasangan alatan tertentu
Pemasangan ingatan niyat i`tikaf

Ini hasilnya

Disudut yang lain kerja gotong-royong mencuci kawasan


Anak-anak buah Cikgu Mad pulang

Penyediaan tapak letak kereta tambahan


Terima kasih kepada semua yang terlibat, moga tercatat dalam suratan amalan kita semua.

Gotong-Royong Sabtu Akhir Febuari (26 Febuari 2011)

Assalaamu`alaikum
http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/2011/02/gtong-royong-sabtu-akhir-febuari-26.html
Gotong-royong hari ini berjaya diadakan dengan agak baik. Fokus kerja hari ini ialah;
1.Penyediaan tapak untuk pemasangan tiang serambi asrama
2.Pemindahan kayu dan tiang untuk memudahkan laluan jentera mengali tapak tiang dapur dan dewan makan asrama
3.Pemindahan kayu untuk memberi laluan jentera membina parit ditepi bukit

Mereka yang datang paling untuk gotong-royong mengenal-pasti tapak baru penyimpanan kayu-kayu terpakai untuk memberi laluan jentera membina parit

Simen perlu diadun dengan pasir dan batu untuk dicurahkan kedalam acuan tapak tiang serambi asrama


Acuan kayu untuk tapak tiang serambi asrama

Orang-orang kuat madrasah sempat meeting sambil bekerja

Tukang berpengalaman masih sempat mencurahkan ilmu sambil makan dan minum

Patut ler makanan lambat sampai, siap buat air lagi kat rumah

Agenda wajib nih,Kita minum dulu

Kanak-kanak tumpang sekaki

Sekalipun gotong-royong namun khidmat jentera juga digunakan untuk mengali tapak tiang dan membina parit

Parit dibina mengunakan jentera


Meratakan pasir lantai serambi asrama (Hari Gotong-Royong sabtu 26 febuari 2011)

Terima kasih kepada semua yang terlibat