Kem Remaja Cemerlang 16 dan 17 jun 2010 Tamat

AlHamduliLLaah program dapat dijayakan dengan baik walaupun disana ada pertukaran penceramah dan para fasilitator bertukar ganti dicelah-celah kesibukan masing-masing.
Para peserta juga gembira semoga mereka membawa balik bersama mereka ilmu yang baik dan menjadi penghayatan dalam hidup mereka.

Fokus kita dalam kem kali ini ialah memberi kesedaran ibadah solat adalah sesutu yang sangat penting sebagai seorang muslim dan melatih para peserta agar mampu melakuakn solat dengan baik dan InsyaAllah dimasa akan datang pihak madrasah akan menganjurkan lagi program seumpama ini dengan pembaikan dari pelbagai aspek

Program diakhiri dengan solat asar berjamaah diiringi dengan doa dan bersalam-salaman antara semua yang ada ketika solat asar

Sokongan moral untuk umat Islam Palestin tidak dilupakan oleh peserta ini.

Dah tamat, kami mahu pulang kepangkuan ibubapa

Sementara abah dan emak datang ambik kami apa salahnya kami menikmati panorama indah ditebing bukit madrasah ini

Sampah ni kena buang

Takkanlah bahan-bahan yang diberikan pihak menganjur begitu berat kot

Antara kenderaan yang terakhir meninggalkan tapak kem



Selamat beramal dengan ilmu yang diberi

Antara Mereka Yang Mencurahkan Khidmat










Hari Kedua Kem (17 jun 2010)

Hari kedua bermula dengan qiyaam yang ringkas sahaja
solat qiyaam diimamkan oleh Abu Muaz el Haafiz
Beliau memberi sedikit taklimat kepada peserta kem

JIka petang semalam (sebelum maghrib) Ustaz Sufyan memimpin zikir munaajat, pada pagi ini beliau bermula dengan kuliah subuh

Ustaz Amin memulakan taklimatnya

Ustaz Amin el Hafiz menyampaikan taklimat untuk program talaqqi quran

dan memulakan talaqqi untuk beberapa surah pendek


Fasilitator yang paling banyak memberi khidmat untuk kem pada kali ini meneruskan lagi program kem dengan sedikit taklimat


Ustaz Razali tidak jemu-jemu dengan nasihat beliau

Sampai pukul berapa kita ni Abu Izzul dan Us Razali

Pengarah Program tersenyum puas program yang beliau rangka dan rancangkan berjalan dengan baik

Semakan dibuat, respon dan pandangan peserta kem ditanyai

Giliran Ustaz Azhar

Rombongan penceramah bersama fasilitator makan tengahari

Siapa pulak telepon ni? Kacau betul. Baru nak ceramah ni.

Penceramah bidang terjun dengan ceramahnya

Apa yang menarik sangat tu

Penceramah yang popular dikem-kem BTN sebelum era reformasi masih berupaya berceloteh dengan anak-anak sekolah menceritakan kepentingan solat dan penghayatan Islam sebagai seorang manusia yang inginkn kecemerlangan yang hakiki


Itulah sebahagian program yang berjalan pada hari ini di Madrasah Al Insaaniyyah diatas Bukit Kederang, Setiu Terengganu.

Semoga segala usaha murni yang telah dilakukan akan membuahkan hasil yang baik dan mendapat pembalasan dari Allah sebaik-baiknya.

Petang Dan Malam 16 jun 2010

Abu Muaz el Haafiz memberi pendedahan tentang halqotul Quraan sebelum minum petang


Penceramah jemputan dengan kreativiti beliau berjaya menyampaikan ceramah 2 jam.


Antara golongan dewasa yang bersama-sama mengambiul manfaat dari ceramah Ustaz Fauzi

Abu Muaz yang memberi sedikit maklumat tentang adab-adab tidur dan program qiyam

Hari Pertama Kem Remaja Cemerlang



Assalaamu`alaikum

Dari tapak program gambar-gambar dimuat naik keblog. Sebahagiannya dimuatkan keblog dalam keriuhan suara anak-anak dengan hafalan bacaan dalam solat (Update blog ini terpaksa disambung kemudian nanti line celcom broadband slow sangat)

Hari pertama (rabu 16 jun 2010) bermula Kem Remaja Cemerlang dengan pendaftaran seawal 8 pagi.


Waima pemasangan jubin kolah belum siap sepenuhnya, program tetap dilaksanakan sebagaimana yang dirancangkan sejak beberapa minggu yang lepas.

Jumlah anak-anak yang mengikuti program hari ini ialah 54 orang. Sedangkan anggaran kita pada mesyuarat terakhir pada ahad lepas (13062010)ialah sekitar 40 orang sahaja.

Pemudahcara dari kalangan guru-guru J-QAF ada 8 orang namun mereka tidak punyai kelapangan untuk berada serentak dalam waktu yang sama dimadrasah.

Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan
Sebelum program bermula Tuan Pengarah Program memberikan sedikit taklimat terutama tentang pembahagian pelajar kepada kumpulan-kumpulam tertentu.

("mana-mana yang tiada nama dalam senarai sila datang jumpa saya" Tu dia arahan pengarah terutama yang baru isi borang hari ini)

Pembukaan dan Perasmian
Sesi pembukaan dan perasmian dimulakan dengan aluan bacaan quran oleh salah seorang dari asaatizah pemudahcara


Diikuti dengan ucapan pembukaan program dan perasmian Kem Remaja Cemerlang oleh mudir al Madrasah al Insaaniyyah.

Selepas ucapan pembukaan dan perasmian dah boleh makan kuih dan minum




Bengkel pertama tentang bersuci. Salah seorang asaatizah memulakan dengan sedikit penjelasan tentang bersuci diikuti dengan LDK dalam 6 kumpulan.






Kalau ikut pada kira-kira ni projek kita ni tak balik modal ni (itulah agaknya apa yang difikirkan oleh tuan pengarah) takpalah kita tampung dengan duit lain.

Selepas bengkel pertama makan nasi pula. Tak laparlah anak-anak kita hari ini.
Aik! Tuan pengarah yang isikan lauk, mana nak cari tuan pengarah macam ni?






Bengkel ke 2 tentang bacaan-bacaan didalam solat
Salah seorang asaatizah memulakan dengan sedikit penjelasan tentang bacaan dalam solat diikuti dengan LDK dalam 6 kumpulan.


Taklimat tentang Halqoh Quraan dilakukan dengan ringkas sahaja
Ini memberi sedikit masa untuk para pelajar merasa agak santai dan memulihkan rasa seronok mereka setelah ajk menilai mereka agak keletihan mengikuti jadual yang agak padat.

Kuliah Maghrib
Kami menjemput penceramah motivasi yang mulai kedengaran namanya di Daerah Setiu. Nun dari Kuala Terengganu kami menjemput Ustaz Fauzi Yusoh untuk slot kuliah pada malam ini. Kami bersimpati dengan beliau atas kegagalan kami memastikan ibu-bapa pelajar turut serta. Beliau terpaksa mengubah suai penyampaiannya kerana sasaran ceramahnya telah berubah daripada umum kepada para pelajar dan para ajk yang terlibat (bukan ibu-bapa sebagaimana yang diharapkan).

Namun Ustaz Fauzi boleh! Ceramah berjaya dilaksankan dengan jayanya dalam masa 2 jam.
Habis ceramah dan solat isyak anak-anak kami dibekalkan minuman dan roti.

Itulah gambaran ringkas perjalanan Kem Remaja Cemerlang untu hari pertama.

Semoga besok perjalanan program akan lebih baik lagi.