Loading...

Gambar Terbaru Bangunan Madrasah (julai 2009)

SalaamuLLaahi `alaikum

Beberapa gotong-royong kecil-kecilan berjaya diadakan. Tiada gambar diambil ketika kerja-kerja dilakukan. Jurugambar kami sibuk dengan urusan kelahiran ank ke 2.

Setelah keadaan telah reda dapatlah kita pertontonkan gambar terbaru yang beliau ambil pada sabtu 18 julai 2009


Pandangan dari laluan masuk

Pandangan dari arah tenggara masjid

Pandangan dari arah barat laut




Pandangan dari arah barat

(rupanya atap kami belum mencukupi)

Pemasangan paip air ditepi jalan belum disempurnakan

Anak-Anak Acheh Kembali Lagi

SalaamuLLaahi `alaikum

Setelah mereka selesaikan tugas ditempat lain kini mereka datang lagi. Semoga selepas ini kerja-kerja pembinaan masjid madrasah berjalan dengan lancar sehingga ia layak digunakan dengan sempurna. Anak-anak Acheh ini memulakan kerja-kerja untuk pemasangan kekuda serambi masjid bermula pad 30 jun 2009 (hari selasa).

Kali ini mereka hanya bertiga sahaja. Antara mereka ialah pekerja yang jatuh dan patah kaki dibulan april yang lalu (dalam gambar dibawah beeliau memakai baju putih berbelang. Kelihatan juga si Wahid sedang mengukur jarak untuk menebuk lubang skru untuk pemasangan kekuda)


2 keping gambar dibawah menunjukkan hasil kerja 1 julai 2009 (rabu)




Kelihatan dalam gambar dibawah bangunan masjid dan bangunan tandas. Kedua-duanya belum siap

Ya ALLaah! Berkatilah kerja-kerja kami ini dan jadikan kami orang-orang yang ikhlas.

Kita Berikhtiar Allah Menentukan

SallaamuLLaahi`alaikum!

Minggu ke 3 dan minggu ke 4 bulan jun 2009 tidak banyak kerja dilakukan. Rancangan asal (sepanjang bulan jun) untuk mempastikan kerja-kerja pembinaan berjalan dengan pantas telah gagal.

Ada kontraktor yang samggup membekalkan pekerjanya untuk melakukan kerja melepa lantai dan dinding dan lain-lain sehingga masjid siap. Namun terlebih dahulu kerja-kerja pemasangan frame pintu dan tingkap hendaklah dilakukan. Malang bagi kami kontraktor(lain) yang akan menyiapkan kerja-kerja pemasangan frame pintu dan tingkap dengan percuma sedang sibuk melakukan kerja-kerja ditempat lain
Selain dari itu kami dinasihatkan agar menyiapkan pemasangan kekuda terlebih dahulu 100 peratus (pemasangan kekuda serambi masjid belum dilakukan) agar frame pintu dan tingkap tidak rosak semasa kerja-kerja membawa masuk besi-besi kekuda kedalam bangunan yang sedang dibina..

Malangnya disana ada keadaan yang menyebabkan "anak-anak Acheh" yang telah datang untuk menyiapkan pemasangan kekuda telah keluar kembali dari tapak pembinaan. Iaitu masalah ketiadaan air yang mencukupi untuk memasak, mandi, membasuh dan sebagainya

Buat masa ini belum ada paip air secara langsung ketapak pembinaan. Air dialirkan daripada sebuah rumah yang agak jauh dari tapak madrasah. Belum ada saluran paip air disepanjang jalan menuju madrasah. Disebabkan tekanan air sekarang rendah, maka paip air dari rumah paling hampir tidak punyai tekanan yang kuat untuk mengalirkan air naik ketapak madrasah.

Perkara ini menyebabkan anak-anak Acheh telah keluar(selepas 2 hari berkampung ditapak madrasah) dan melakukan kerja ditapak pembinaan yang lain. Perbuatan kami mengangkut air dengan lori telah terlambat. Kerana mereka ketika itu telahpun memulakan kerja pemasangan kekuda ditapak pembinaan yang lain. Oleh sebab itu kami kerugian masa lebihkurang 2 minggu.

2 keping gambar dibawah :Tangki air yang banyak diperlukan untuk menanpung keperluan air untuk anak-anak acheh yang memang tinggal ditapak pembinaan sepanjang masa melakukan kerja-kerja disini

Mungkinkah masalah kekurangan air ditapak madrasah akan berakhir dengan segera? Begitulah yang diharapkan. Khabarnya pihak SATU (Syarikat Air Terengganu) telah memilih kontraktor untuk kerja-kerja pemasangan paip air disepanjang jalan menuju kemadrasah. Kami dapati paip-paip air tersebut telah dihantar berhampiran tapak madrasah (sebagaimana 2 keping gambar dibawah)

Semoga kita semua mendapat pertolongan Allah .

Terima kasih