Pemasangan Kekuda Besi

Assalaamu`alaikum

AlhamduliLLaah pada hari sabtu(11 april 2009) gotong-royong telah diadakan untuk membantu tukang mengangkat naik kekuda keatas tetulang bangunan masjid.
Namun gambar-gambar gotong-royong pada hari itu belum saya dapati.

Saya juga tidak berpeluang hadhir atas sebab kematian salah seorang ahli keluarga isteri (sepupu).
Kebetulan saya yang ditugaskan mengimamkan solat jenazah itu juga doa selepas selesai pengkebumian.

Namun Ustaz Sobri berkesempatan merakamkan gambar pada hari berikutnya (ahad 12 april 2009). Terima kasih tidak terhingga terhadap beliau yang seolah-olah sudah menjadi jurugambar rasmi pembinaan ini

Masjid dari arah barat

Masjid dari arah barat daya

Masjid dari arah timur

Masjid dari arah tenggara

erja-kerja memasang kekuda mengalami kelewatan dari jangkaan awal. Ini disebabkan pada petang sabtu (11 april)salah seorang tukang dari bangsa Acheh ini telah jatuh dari ketinggian 10 kaki keatas lantai konkrit. Tulang belakang betis kanan beliau dipercayai patah. Oleh sebab itu beliau terpaksa berehat.

Dijangkakan kerja-kerja ini mengambil masa 2 hari lagi.

Setakat ini kerja-kerja pemasangan itu hanya untuk bahagian asas masjid iaitu untuk 40 x 40 kaki persegi. Untuk serambi masjid 9 kaki bahagian depan,belakang kanan dan kiri akan dibuat pemasangan dimasa akan datang. Ini disebabkan kami belum memasang tiang serambi dengan sempurna.

Kami juga baru membuat pembayaran separuh (rm 10,000.00) daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya kami bayar. Mujurlkan kontrator pemasangan kekuda ini (Encik Zainal) seorang yang boleh bertolak ansur.

AlhamduliLLaah atas segalanya.
Semoga dipermudahkan ya Rabb!

Terima kasih

Kerja-kerja Membuat Kekuda Masjid Sedang Berjalan

Assalaamu`alaikum

Bermula dari semalam "anak-anak Acheh" datang berkampung ketapak madrasah kita untuk kerja-kerja pemasangan kekuda masjid madrasah. "Site Office" projek pembinaan masjid dah jadi asrama mereka

Tiga orang pekerja yang berasal dari bangsa acheh bersama seorang lagi sahabat mereka dari penduduk tempatan melakukan kerja-kerja persediaan dibawah sebelum pemasangan dibuat dibahagian atas


AlhamduliLLaah tuan mudir madrasah sempat membuat tinjauan kerja-kerja yang sedang dilakukan.
Si Wahid salah seorang dari mereka mengadu kerja-kerja mungkin mengambil lebih masa kerana pengubahsuaian perlu dilakukan terhadap pelan kekuda asal. Pelan asal lebih cantik, namun perlu diubah kerana tiang-tiang dibawah tidak berada ditapak yang sepatutnya.

Ya memang benar pemasangan 4 tiang roman dibahagian tengah dilakukan tanpa pengawasan tukang berpengalaman.
Kurang cantik tidak mengapa, asalkan kukuh.

Terima kasih

Pembinaan Bilik Air Dan Tandas

Assalaamu`alaikum warahmatuLLah

Diantara prasarana yang perlu dibina ditapak madrasah ialah tandas dan bilik mandi. Sementara menunggu bangunan masjid dipasang kekuda, gotong-royong terfokus kepada usaha-usaha menyiapkan sebuah bangunan yang boleh digunakan untuk mandi dan qodha` hajat (atau dalam istilah tok wan "bank negara)

08 november 2008

07 mac 2009

04 april 2009

Semoga bangunan ini dapat disiapkan dalam masa yang terdekat. Sudah tentu ia sangat perlu untuk keselesaan beroperasi disini.

Terima kasih



Atap Masjid Belum Pasang

Assalaamu`alaikum warahmatuLLah

Lama tidak update blog.
Tiada gotong-royong besar dihari cuti kelepasan umum selepas ulangtahun Pertabalan Sultan Mizan Sebagai Sultan Terengganu. Pada hari cuti Maulidur Rasul mudir madrasah menghadhiri majlis di Kajang.

Besi kekuda dahpun sampai ketapak madrasah sejak 10 hari yang lalu. Namun sehingga isnin yang lepas kekuda itu belum dipasang. Kerja-kerja ni tidak boleh dilakukan secara gotong-royong. Sebaliknya kami perlukan lebihkurang 20,000.00 ringgit untuk membayar kepada syarikat pembinaan yang akan memasangnya (kos bahan dan upah)

Besi kekuda ditapak madrasah

Buat masa ini kerja-kerja gotong-royong dilakukan untuk membina tandas disebelah tenggara bangunan masjid

Walaupun masih beratapkan langit, pengajian tetap dilakukan dalam bangunan masjid