Tambahan Gambar-Gambar Kerja 040309

Gotong-royong 040309

Kehadhiran pada hari gotong-royong hari cuti Ulangtahun Pertabalan Sultan Mizan sebagai Sultan Terengganu memang ramai

















































Kehadhiran pada hari tersebut memang ramai.

Seminggu sebelumnya
27 fEBUARI 2009

Majlis Makan Petang TKO Central

Assalaamu`alaikum

Pada 12 Rabiul Awwal 1430 (090309) adalah hari cuti persekutuan sempena sambutan Maulidur Rasul.
Pihak Kelab TKO Central telah menganjurkan majlis makan petang. Majlis ini diadakan untuk menjayakan kutipan derma untuk 2 pusat pengajian tradisional. Kami dari AJK al Madrasah al Insaaniyyah diwakili oleh pengerusi usrah (Tuan Haji Abdullah),SU madrasah (Saudara Ya) dan Mudir madrasah yang telah hadhir.

Kami berbesar hati menghadhiri majlis ini kerana ia adalah satu simbol perihatin ummat atas kepentingan pendidikan Islam secara tradisi juga sebahagian kutipan adalah untuk madrasah kami.

Madrasah Al Insaaniyyah dan Ma`had Tahfiz al Anshoriyy (http://al-ansoriyy.blogspot.com/) adalah 2 pusat pengajian Islam tradisi yang telah dijadikan projek anak angkat TKO. Sekalipun kehadhiran tidaklah ramai sangat dan kutipan tidaklah sebesar mana, namun diharapkan ia adalah satu permulaan yang baik.

Mudir al Madrasah al Insaaniyyah menerima sumbangan dari pihak penganjur (tuan rumah)



















Pihak penganjur menyampaikan sumbangan kepada wakil ma`had tahfiz al anshoriyy.



















Turut datang menjenguk ahli parlimen kawasan yang prihatin (bersongkok)


















Mereka yang berjaya hadhir tepat pada masanya. Tahniah kepada anda yang bijak menguruskan masa (Yang sampai lewat takder dalam gambar ini)



















Terima kasih pada Kelab TKO Central, terima kasih kepada TKO global.
Tahniah kepada tuan rumah walaupun uzur tetapi tetap berusaha menjayakan majlis ini
dan penghargaan khas kepada Encik Kesuma atas idea anda.

Terima kasih pada semua.

Sumbangan Tengahari 090309


Assalaamu`alaikum warahmatuLLaahi Wabarakaatuh

Kami dari AJK madrasah telah ke KL untuk menghadhiri majlis makan petang yang dianjur oleh ahli-ahli TKO. [Rujukan]

Setiba kami di Kajang kami dijemput oleh Zainal Rashid pengurus sebuah syarikat bumiputra. Beliau adalah kenalan SU al Madrasah al Insaaniyyah. Beliau belanja kami sarapan.

Sementara tiba petang kami berehat dipejabat beliau di Bangi. Memandangkan beliau tidak berpeluang hadhir majlis petang ini,beliau telah menyerahkan cek sumbangan beliau tengahari hari ini.

Semoga Allah memberkati dan menerima sebaik-baiknya
Moga diampunkan semua dosa dan lebih berjaya dalam semua perkara didunia dan akhirat.


Terima kasih

Perubahan Jadual Pembinaan

Pada mulanya pihak kami jangkakan untuk memasang kekuda dan atap sekaligus unuk satu bangunan 58 kaki x 58 kaki persegi.

Namun berdasarkan perbincangan tidak rasmi kat tapak pada pagi 040209 kami memutuskan untuk memasang kekuda dan atap untuk bahagian tengah terlebih dahulu 40x 40kaki atau 40kaki x 49kaki persegi. Keputusan ini dibuat berasaskan faktor kos dan keupayaan kami.

Terima kasih.

Rakaman kerja gotong-royong cuti ulangtahun pertabalan 040309

video

video

Sehingga Titisan Peluh Yang Terakhir

Kerja DiHari Cuti 04032009 siri 2

Kerja DiHari Cuti Sempena UlangTahun Pertabalan Sultan Mizan Sebagai Sultan Terengganu (siri 2)
















Ermmmm tukang import dah garu kepala
Agaknya kepenatan belum hilang memberi tunjuk ajar kepada kami dah nak kena sambung kerja lagi
atau sedang berfikir nak basuh tangan kat mana, maklumlah baru selesai makan nasi dan air paip tak de















Kerja-kerja untuk 5 meter kiub simen konkrit (lori ke 2) baru sahaja bermula.














Nasib baik Cikgu Azhar pergi angkut "anak-anak"nya yang ramai (gambar atas)
dapatlah kami yang dah penat ni melegakan kepenatan disamping mengadakan "mesyuarat tidak rasmi"(gambar bawah)






























Sehingga titisan peluh terakhir
Inilah mustahaknya pemantauan dan tunjuk ajar tukang profesional
kreativiti menyebabkan kerja-kerja dapat dilakukan dengan pantas dan elok















Terima kasih kepada semua yang terlibat
juga kepada semua para penyokong meterial dan moral
Semoga diterima oleh Allah sebaik-baiknya

Seperti biasa kita akan teruskan kerja pada hari sabtu dan hari-hari cuti umum yang lain (terdekat ialah isnin nanti )

Wasalaamu`alaikum

Kerja DiHari Cuti Sempena UlangTahun Pertabalan Sultan Mizan Sebagai Sultan Terengganu

AlhamduliLLaah pada hari ini kita telah adakan gotong royong dengan jayanya.

Pada hari ini kami meratakan simen konkrit lantai dalam masjid untuk kawasan 49x40 kaki persegi.

Untuk mempastikan kami dapat melakukan kerja-kerja ini dengan cepat mengambil masa yang singkat, kami telah membeli simen konkrit yang dibancuh dengan lori pembancuh simen.

Sebanyak RM 1950 dibelanjakan untuk membeli 2 lori simen konkrit atau 10 meter kiub (entah betul atau tidak ejaan tu)





Resit belian























Lori pertama tiba lebihkurang jam 11 pagi
















Lebihkurang 12.30 habis selori simen konkrit kami kerjakan
Tuan al Amiinul `Aam (SU) dan kami semua ambik peluang makan tengahari.
Alamak bekas tuan penguruspun makan nasi bungkus jugak?
Tiada layan VIP? Ya begitulah pejuang.
















Kami belum abis makan, lori kedua dah pun sampai
Pemandu lori tunjukkan resit kepada Encik Syukri, tetapi kami dah bayar kepada pemandu pertama tadi

Tak de masalah

Kami rasuah pemandu dengan nasi bungkus dahulu sebelum kerja-kerja diteruskan, maklumlah sahabat-sahabat ni semua pesara,pensyarah,cikgu,kerani,peniaga dan lain-lain
Penat belum abis lagiii!

Pemandu lori pertama tadi orang muda, nak cepat jer

Nasib baik pemandu lori kedua ni orang yang dah berpengalaman
dapatlah kami buat kerja dengan slow and steady.

..........bersambung

Sepanjang Bulan Februari

Assalaamu`alaikum
Dah lebih sebulan tidak update blog madrasah.
Bukan tak de gotong-royong sepanjang tempoh itu.

Sebenarnya ada gotong-royong kecil-kecilan
antaranya pemasangan sarang tetulang diatas dinding masjid, menuangkan simen konkrit didalamnya,kerja-kerja ditapak pembinaan tandas dan lain-lain.


Kami tidak update kerana samada mudir tidak hadhir atau tiada gambar yang diambil pada hari-hari tu bermaksud tiada juru kamera yang hadhir atau kamera ditinggalkan.

Disamping itu kelas minguan diteruskan
















Nah pada hari ini kami mengadakan gotong-royong lagi dengan kehadhiran yang sangat membanggakan

InsyaAllah gambar-gambar kerja-kerja hari ini akan dimuatturun nanti
Harap bersabar

Syukran...