Loading...

Video Gotong Royong 26 Januari 2009

video

Besi link diletakkan atas batu-bata (dinding) masjid sebelah timur

Selepas ini acuan kayu akan dipasang untuk diisikan simen konkrit untuk membentuk tetulang untuk dipasang kekuda menampung atap masjid.

video

Tiang roman ini berat. Semasa masjid masih belum punyai dinding kami gunakan jentera untuk memasang tiang-tiang kat tengah masjid. Untuk kali ini jentera tidak boleh digunakan lagi oleh sebab itu kami berusaha dengan tenaga empat kerat beramai-ramai. AlhamduliLLaah berjaya.

Terima kasih pada semua yang terlibat dan juga kepada para penyumbang.

Gambar Kerja-kerja 26 Januari

Antara peserta gotong-royong Ustaz Zaini el Hafiz dan Us.........................El Hafiz kedua-duanya adalah Imam Masjid





















Kelihatan Imam Masjid Daerah Setiu turun padang memberikan sokongan moral dan tenaga
















Kerja-kerja meletakkan besi link atas batu bata dinding masjid sebelah timur
















Meletakkan besi link atas didnding masjid sebelah utara
















Dua tiang roman masih tidur diatas bumi. Kedua-duanya perlu ditegakkan
















Tiang yang ditegakkan perlu dipastikan berada pada posisi yang betul dan betul-betul tegak































Sementara tunggu simen dibeli kami memindahkan tiang-tiang yang akan digunakan untuk pembinaan tandas ketapaknya(tandas)































Setelah tiang ditegakkan simen konkrit perlu diisi didalamnya














































Beginilah keadaan 2 tiang yang telah siap ditegakkan, dibetulkan posisi dan kedudukannya dan telah dituangkan simen konkrit didalamnya































Terima kasih

Gotong-Royong Pada 26 Januari 2009

AlhamduliLLaah, sebagaimana dirancangkan kami telah berjaya mengadakan gotong-royong sempena cuti tahun baru cina pada hari ini. Seramai 13 0rang telah bersama-sama menjayakan gotong-royong ini.

Sayang sekali semua kedai hardware ditutup kerana cuti tahun baru cina ini. Kami tidak mendapat bekalan simen. Namun kebetulan Setiausaha Madrasah ada membeli satu beg simen semalam untuk kerja-kerja dirumah beliau. Maka dapatlah kami meyudahkan kerja-kerja menegakkan 2 tiang roman didalam masjid dibahagian hadapan dengan menggunakan simen ini.

Sebelum itu kami mulakan kerja pada pagi ini meletakkan besi link diatas dinding masjid sebagai persiapan untuk membuat tetulang dibawah kekuda sebelum memasang atap. Selain itu kami juga menggunakan masa yang ada untuk memindahkan tiang-tiang yang akan kami gunakan untuk membuat tandas.

Ringkasnya ada 3 kerja yang kami lakukan hari ini

1.Meletakkan besi link diatas diding masjid
2.Memasang 2 tiang roman didalam masjid dibahagian depan
3.Memindahkan tiang-tiang untuk pembinaan tandas ketapaknya

Ada beberapa perkara yang menyebabkan kami tidak dapat melakukan lebih banyak kerja:

1.Penasihat teknikal(Tok Wan) kita uzur tidak dapat datang. Oleh sebab tu kami tidak boleh melakukan kerja yang perlukan pengawasan yang lebih rapi iaitu memasang sarang tetulang diatas dinding masjid

2.Ketiadaan bekalan simen yang banyak. Seandainya kami mempunyai bekalan yang lebih dapatlah kami melakukan kerja-kerja mengikat bata.

Terima kasih kepada semua yang hadhir dan menjayakan program gotong-royong pada hari ini yang semuanya mempunyai program tersendiri tetapi menangguhkan samada ketengahari (Ustaz Sobri hantar adik kehospital untuk pembedahan) yang yang lain menangguhkan program kesebelah petang samada balik kerumah mertua, menghadhiri kenduri dan lain-lain.Saya sendiri sempat hadhir 2 kenduri kahwin disebelah petang.

Dan ucapan terima kasih yang paling istimewa kepada ketua tukang kita (Abang Halim) yang menangguhkan pemergian kehospital semata-mata kerana menunaikan janji untuk menjayakan gotong-royong pada hari ini. Sekali pun anak perempuan beliau telah dimasukkan kehospital semalam kerana kemalangan jalanraya. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan kita.

Gambar-gambar dan video akan dimuatturun, nantikan.

Terima kasih.

Anggaran Kos Menyiapkan Masjid Di Madarasah Insaaniyyah

Assalaamu`alaikum

Sebagaimana yang dijanjikan saya mulakan kemaskini blog ini ditahun ini selepas gotong-royong pada hari cuti sempena Tahun Baru Cina.
















Saya mulakan dengan anggaran kos untuk menyiapkan bangunan masjid yang disediakan salah seorang ajk kita.

Perkara __________________________________Anggaran kos

1.Mengikat dinding batu-bata ____________________ RM 5,040.00

2.Melepa dinding ____________________________ _ RM 3,420.00

3.Konkrit lantai _____________________________ _ RM 5,184.00

4.Membekal dan memasang ubin lantai ____________ RM32,724.00

5.Membekal dan memasang frame pintu ___________ RM 1,400.oo

6.Membekal dan memasang kekuda besi ___________ RM20,000.00

7.Membekal dan memasang atap ________________ RM 6,000.00

8.Membekal dan memasang kaca tinted glass pada pintu RM 4,620.00

9.Mengecat keseluruhan masjid __________________ RM 2,405.00

10.Pendawaian elektrik ______________________ _ RM 3,500.00

_________________________________ _Jumlah RM84,293.00

Terima Kasih.