Gotong-Royong Memindahkan Kayu (250509)

Assalaamu`alaikum
Tiang-tiang serambi telahpun bangkit berdiri. Kini geta atau penaga perlu dipasang untuk menyokong kekuda serambi masjid. Kami bercadang untuk menggunakan kayu terpakai yang telah diberikan kepada madrasah. Kayu tu disebelah bawah perlu dibawa ketapak masjid dibahagian atas. Satu gotong-royong diadakan pada petang isnin 25 me1 2009.

Mari kita saksikan gambar-gambar yang dirakamkan pada petang isnin yang lalu.

Diperingkat awal sebahagian peserta gotong-royong melakukan kerja-kerja pemasangan atap genting. Kerja-kerja yang juga memerlukan tenaga ramai orang. Ada yang perlu berada dibawah mengambil atap dan menghulurkan kepada orang disebelah atas "stage". Dari situ dihulurkan keatas bumbung. Mereka yang berada diatas menyusunkan atap sebagaimana yang sepatutnya.





Orang-orang kuat madrasah memerhatikan adik-adik yang sedang mengangkat kayu keatas
Tarik punya tarik, naik jugak kayu tu.




Kayu yang berjaya dibawa naik disusun.

Inilah antara barisan kita yang ikhlas berjuang



Tuan mudir belum berpeluh dah pun pakai kain semula

InsyaAllah selepas ini Tok Wan dibantu Abang Halim dan yang lain-lain akan melakukan kerja-kerja pemasangan penaga atau geta.

Untuk tiang serambi kami tidak memasang tetulang untuk mempastikan kayu wakaf masjid lama dimanfaatkan juga untuk menjimatkan masa dan mengurangkan kos.

Selepas penaga atau geta serambi dipasang. pembekal kekuda akan memasang kekuda besi sebagaimana yang dijanjikan. Kami baru bayar separuh atau 55% kos keseluruhan kekuda besi. Hampir 10 ribu lagi perlu dibayar kepada kontraktor bekalan dan pemasangan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat

Allahlah yang akan membalasnya

2 comments:

4-a&nazrah said...

ramai2 bergotong royong, moga2 allah akan membalas amal baik itu dengan syurganya di akhirat.

kalau lah ramai2 macamtu setiap kali gotong royong mesti dah lama siap masjid tu kan? tak gitu tuan mudir.
allahuakbar....3x

Ustaz Ghoniyy said...

Betul tu cikgu, biasalah orang kita ni. Semoga lebih baik dimasa akan datang