Pada hari ini kami meratakan simen konkrit lantai dalam masjid untuk kawasan 49x40 kaki persegi.
Untuk mempastikan kami dapat melakukan kerja-kerja ini dengan cepat mengambil masa yang singkat, kami telah membeli simen konkrit yang dibancuh dengan lori pembancuh simen.
Sebanyak RM 1950 dibelanjakan untuk membeli 2 lori simen konkrit atau 10 meter kiub (entah betul atau tidak ejaan tu)
Resit belian
Lori pertama tiba lebihkurang jam 11 pagi
Lebihkurang 12.30 habis selori simen konkrit kami kerjakan
Tuan al Amiinul `Aam (SU) dan kami semua ambik peluang makan tengahari.
Alamak bekas tuan penguruspun makan nasi bungkus jugak?
Tiada layan VIP? Ya begitulah pejuang.
Kami belum abis makan, lori kedua dah pun sampai
Pemandu lori tunjukkan resit kepada Encik Syukri, tetapi kami dah bayar kepada pemandu pertama tadi
Tak de masalah
Kami rasuah pemandu dengan nasi bungkus dahulu sebelum kerja-kerja diteruskan, maklumlah sahabat-sahabat ni semua pesara,pensyarah,cikgu,kerani,peniaga dan lain-lain
Penat belum abis lagiii!
Pemandu lori pertama tadi orang muda, nak cepat jer
Nasib baik pemandu lori kedua ni orang yang dah berpengalaman
dapatlah kami buat kerja dengan slow and steady.
..........bersambung
No comments:
Post a Comment