Lokasi al Madrasah al Insaaniyyah

Assalaamu`alaikum

Ada seseorang yang bertanya peta menuju kemadrasah kita ini.
Disini paparkan gambar lokasi al Madrasah al Insaaniyyah
yang diambil melalui Google Earth


Dalam gambar ini belum kelihatan lagi madarasah ini. Ini disebabkan saya menggunakan program Google Earth percuma. Oleh kerana itu gambar lokasi ini ialah gambar yang diambil pada 29 jun 2004 , manakala projek kita baru bermula tahun 2007.

Dalam gambar ini kita dapati nama kampung yang paling dekat dengan tapak madrasah ialah Kampong Apek. Tetapi kedudukan Kampung Apek yang sebenar lebih keselatan.

Kita mulakan perjalanan dari Kuala Terengganu

Sambil merujuk gambar diatas

Kita mulakan perjalanan kita dari timur kebarat.

Kampung pertama yang kita tempuhi (didalam gambar atas sebelah kanan) ialah Kampung Pak Kancil. Dibelah kanan jalan kita akan temui Hospital Setiu.

Selepas itu diatas bukit Rumah Rehat Pejabat Daerah Setiu.

Teruskan perjalanan sehingga Kampung Buloh (ada dituliskan nama kampung ini didalam peta) Sekarang nama kampung ini telah ditukar kepada Bandar Permaisuri, pembangunan Daerah Setiu berpusat disini.

Dari Bandar Permaisuri kita akan ketemu Masjid Utama disebelah kanan atas bukit.

Terus lagi Steysen Minyak Caltex sebelah kiri, kemudian Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan disebelah kanan.

Kemudian Sekolah Menengah Tengku Ibrahim diatas bukit sebelah kiri ,disebelah kanan pula Kompleks Ibu Pejabat Daerah Setiu (dalam pembinaan).

Disitulah Kampung Apek, Terus kedepan sikit disebelah kanan terdapat simpang ke Sekolah Rendah Permaisuri dan Perumahan Binjai Manis. Sila ambil jalan simpang tersebut. Teruskan perjalanan 1 kilometer. InsyaAllah anda akan temui tapak Madrasah ini diatas bukit.

Dibawah ini gambar ke 2( lebih dekat dengan tapak madrasah)


Gambar ke-3


Gambar ke-4

Dalam gambar ke 4 ini boleh kita lihat ;

1.Sekolah Menengah Tengku Ibrahim bawah sebelah kiri.

2.Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu (dalam pembinaan) disebelah kanan.

3.Simpang tiga (persimpangan antara jalan Kuala Terengganu ke Kota Bahru dan simpang masuk ke al Madrasah al Insaaniyyah)

4.Sekolah Rendah Permaisuri (Setelah masuk simpang disebelah kiri )

5.Perumahan binjai Manis (juga disebelah kiri jalan menuju ke Madrasah ini)

Terus lagi setengah kilometer disebelah kiri diatas bukit,disinilah tapak al Madrasah al Insaaniyyah, Kampung Kederang, Setiu Terengganu.

Syukran dan dijemput datang untuk melihat-lihat proses pembinaan... untuk menderma sila rujuk ruangan sebelah kiri blog ini... terima kasih.

Air! Oh Air ! Pertolongan Allah Tiba.

Assalaamu`alaikum.
Kita dimusim kemarau
Tapak madrasah diatas bukit tanpa sumber air
Pemasangan paip air belum sempurna dan belum berfungsi

Bagaimanakah para tukang mendapat air untuk bancuhan semen pada 1 mei 2008?
Allah telah menurunkan hujan pada malam sebelum kita melaksanakan kerja-kerja mendirikan tiang-tiang masjid. Air bertakung didalam petak-petak lubang yang telah digali beberapa hari sebelumnya. AlhamduliLLaah! Air itulah yang mereka telah gunakan.

Ingin menyumbang?
Ingin bertanya?

Boleh menghubungi Setiausaha AJK al Madrasah al Insaaniyyah Saudara Ya bin Ibrahim 013 9225524


atau Pengarah Pembangunan Masjid Cikgu Mad 0199485414


Syukran...

Tiang Masjid Didirikan 24 Rabiul Akhir

Terima kasih kepada semua yang terlibat. BaarakaLLaahu lakum.






Assalaamu`ala Manit Taba`al Huda

AlhamduliLLaah selepas sebulan solat hajat ditunaikan ditapak madrasah,
ada perkembangan yang amat membanggakan disana.

Pada hari ini khamis,
24 Rabiul Akhir 1429 hijriyyah
atau 1 mei 2008
ketika warga dunia sedang berehat meraikan hari pekerja,
satu kumpulan hamba Allah sibuk mendirikan rumah Allah

Pada hari ini 12 batang tiang semen berjaya didirikan
tiang setinggi 12 kaki setiap satu.
Tinggal lagi 4 batang tiang tengah (berbentuk bulat) perlu disediakan tapaknya terlebih dahulu setinggi lebihkurang 2 kaki.


InsyaAllaah, bangunan kekal pertama yang kami dirikan ditapak ini ialah masjid.
Mengambil contoh pendidikan yang RasuluLLah laksanakan, tunggaknya dimasjid.
Selain menjadi tempat melakukan ibadat khusus, masjid inilah yang akan menjadi madrasah (tempat belajar dan mengajar) yang pertama.


Semoga hasrat melahirkan insan-insan muslim dan muslimat yang seimbang akan berjaya.

Adalah dijangkakan sumbangan pada ketika ini banyak akan digunakan untuk pembinaan masjid. Rebutlah peluang ini.
"Sesiapa yang membina masjid ikhlas bagi Allah, nescaya Allah akan membina sebuah rumah untuknya disyurga"

Suatu Permulaan

Tanggal 21 Rabi`ul Awwal 1429 atau 29 mac 2008
Bertempat ditapak al Madrasah Al Insaniyyah
berlantaikan tanah, berlapik tikar plastik berbumbungkan langit,
kami telah mengadakan solat hajat.


Kami memilih hari sabtu kerana ia hari cuti mingguan.
Sayang sekali sebahagian sahabat kami ke Lapangan terbang Sultan Mahmud kerana menyambut kepulangan Sultan Mizan ke Terengganu Darul Iman.


Selain solat hajat kami memulakan pembinaan setor untuk menyimpan bahan-bahan binaan yang akan dihantar ketapak tersebut.Semoga usaha-usaha kami mendapat pertolongan Allah




Tukang profesional:Berkain pelikat pun boleh bertukang,almaklumlah baru lepas solat hajat







Pengarah Pembangunan mengarahkan sesuatu ? Atau sedang mengesat peluh?

BaarakaLLaahu lak!


Kerja-kerja meratakan tapak berterusan
Maaf,tiada gambar semasa solat.
Jurukamera pun solat bersama.

Sumbangan dialu-alukan

Kata Jurukamera

“Kerja-kerja sedang rancak berjalan
Masih menunggu derma, sumbangan infaq sabiliLLaah daripada muslimin dan muslimat sekalian
Wassalaamu`alaikum warahmatuLLaahi”

Bagaimanakah anda boleh memberi sumbangan?

1.Menyumbang terus kedalam Akaun Tabung Madrasah di Agro Bank

No. Akaun : 26360098730

Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyyah

2.Menyerahkan sumbangan anda kepada AJK Madrasah yang anda kenali

Jika ada pertanyaan bolehlah membuat panggilan kepada 019 9380765

atau emailkan pertanyaan anda kepada abdghoniyy@yahoo.com

Terima kasih

Lagi Gambar Tapak Madrasah



Ini adalah gambar-gambar dihari kerja-kerja meratakan tapak pada 28 November 2007.